Thursday, December 5, 2024

Creating liberating content

Penjual VCD Maut Kena...

KUANTAN - Seorang peniaga cakera padat maut akibat ditikam sembilan kali di hadapan...

Gempa Sabah: Jumlah Keseluruhan...

KUNDASANG - Pegawai operasi mencari dan menyelamat percaya angka kematian akibat gempa bumi...

Isteri Ezany Nizariff Tampil...

EZANY  Nizariff sebelum ini tampil menceritakan segala kenangan pahit perjuangannya menyelamatkan rumah tangga...

APMM Buru 2 Suspek...

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang memburu dua suspek warganegara...

Semangat Patriotik Wajib Ada Dalam Sanubari

SANDAKAN – Semangat patriotik atau cinta kepada negara serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kedaulatan negara ini mesti ada dalam sanubari setiap rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, jika rasa cinta dan kesanggupan berkorban untuk mempertahankan negara itu sudah tersemat kukuh dalam jiwa setiap rakyat Malaysia, tiada siapapun akan dapat mengganggu gugat kedaulatan negara ini.

“Kita tahu bahawa kalau kita ada semangat mempertahankan negara kita maka negara kita akan terus maju ke hadapan kerana tidak ada mana-mana musuh negara sama ada dari luar atau dari dalam yang berani membuat angkara untuk merosakkan negara ini atau menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap melancarkan program Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran Sandakan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, beberapa menteri kebinet negeri dan persekutuan serta pemimpin masyarakat.

Beliau mengingatkan rakyat mengenai bahaya sekiranya ada ‘musuh dalam selimut’ di kalangan rakyat Malaysia seperti yang menimpa anggota keselamatan semasa peristiwa pencerobohan pengganas Sulu pada tahun 2013.

Najib yang mengimbau pengorbanan Supt Ibrahim Lebar yang berasal dari Semenanjung berkata, anggota keselamatan berkenaan dan rakannya yang bertugas di Semporna terkorban dalam peristiwa itu kerana ada anggota polis sendiri membocorkan rahsia operasi kepada musuh.

“Saya nak beritahu bahawa sekiranya kita bersatu dan cinta kepada negara kita, tidak ada musuh dari luar boleh membuat angkara dan mengancam bumi Sabah.

Saya nak beritahu bahawa untuk Sabah sahaja, pada tahun ini kita belanja sebanyak RM323 juta untuk operasi Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) ini. Sehingga hari ini, alhamdulillah (kawasan ESSZone) selamat. Saya dimaklumkan bahawa sudah ramai pelancong pergi ke Semporna.

“Industri pelancongan maju di pantai timur ini. Kerana apa? kerana sumbangan kerajaan sama ada daripada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan,” katanya.


Sehubungan itu, Najib mengingatkan semua pihak agar jangan cuba melaga-lagakan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat kerana kerajaan negeri dan persekutuan ibarat satu keluarga yang mempunyai tujuan, matlamat dan objektif yang sama iaitu untuk memakmurkan bumi Sabah dan mensejahterakan rakyatnya.

Oleh itu, kata Najib, rakyat Sabah tidak perlulah terpengaruh dengan slogan “Sabah Untuk Sabah’ kerana sebagai Perdana Menteri, beliau akan melakukan yang terbaik untuk negeri itu dan rakyatnya.

Sebagai contoh, katanya, Sabah merupakan negeri penerima peruntukan pembangunan kerajaan pusat terbesar untuk dua tahun Rancangan Malaysia kesebelas (RMK-11) dengan peruntukan RM9 bilion iaitu 10.3 peratus daripada bajet keseluruhan kerajaan pusat.

“Kita juga buat sesuatu yang lebih daripada apa yang diduga atau difikirkan oleh rakyat. Sebagai contoh Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo untuk Sabah. Orang Sabah sudah lama menunggu. Dua puluh lima tahun menunggu Lebuhraya Pan Borneo.

“Seorang pernah menjadi Perdana Menteri 22 tahun tetapi tak buat Pan Borneo untuk Sabah. Saya belum cukup 22 tahun.Saya mungkin tak sampai 22 tahun (jadi PM). Tetapi sudah buat Lebuhraya Pan Borneo,” tegas Najib.

Bukan itu sahaja, kata Najib, malah lebuhraya berkenaan tidak akan mengenakan sebarang tol kerana “saya nak hadiahkan ini kepada Sabah”, yang mendapat tepukan gemuruh daripada puluhan ribu pengunjung ke program Ekspresi Negaraku itu.

Najib berkata fasa pertama projek itu, kerajaan pusat membelanjakan RM12.8 bilion untuk pembinaan lebih 700 kilometer lebuh raya dari Sindumin, Sipitang ke Tawau dan apabila siap sepenuhnya fasa-fasa yang lain, projek itu dijangka menelan kos lebih RM20 bilion. – BERNAMA

Kategori