Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kemarau Burukkan Lagi Kebuluran...

MOGADISHU - Sejumlah 320,000 kanak-kanak dikhuatiri kebuluran akibat kemarau yang kini melanda Somalia,...

Pesawat MH360 Dari KL...

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines MH360 yang berlepas ke Beijing dilaporkan terpaksa...

Muda Tubuh Jawatankuasa Pemilihan...

JOHOR BAHRU : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Calon...

Polis Tahan Militan Transit...

Seorang lelaki dipercayai menjadi anggota militan warga asing berusia 45 tahun ditahan Bahagian...

Separuh Graduan Perubatan Di Mozambique Gagal

MAPUTO – Hampir separuh graduan fakulti perubatan universiti Mozambique tidak dapat menjalankan amalan sebagai doktor kerana gagal dalam peperiksaan ditetapkan sebuah badan profesional bagi doktor di negara itu dikenali Order of Doctors (OMM), menurut laporan akhbar harian, O Pais.

Di Mozambique untuk menjadi doktor yang diiktiraf ia tidak cukup hanya sekadar lulus universiti.

Calon dikehendaki lulus peperiksaan ditetapkan badan profesional berkenaan dan setakat ini daripada 241 calon orang, hanya 128 atau 53.1 peratus sahaja lulus.

Graduan lulusan perubatan paling ramai iaitu 84 orang ialah dari fakulti perubatan Universiti Eduardo Mondlane (UEM) yang juga institusi pendidikan tertua di negara itu.

Daripada jumlah itu 55 (65.5 peratus) lulus manakala 29 lagi gagal. Doktor pelatih yang menjalani latihan di luar negara juga perlu mengambil peperiksaan berkenaan.


Terdapat 23 pelatih, 16 daripadanya berjaya lulus.

Pengerusi badan profesional itu Eugenio Zacarias berkata, ramai calon yang gagal secara tidak langsung mencerminkan kualiti latihan perubatan yang rendah.

“Kita tahu terdapat banyak fakulti yang tidak menyediakan suasana latihan yang ideal dan sesuai untuk dijadikan latihan kepada bakal doktor namun pihak kami tidak boleh campur tangan,” katanya. – BERNAMA-NNN-AIM

Kategori