BILA orang bagi cadangan, kau marah. Bila orang nak bantu, kau ego. Apa lagi perkara yang boleh buat kau buka sikit minda kau tu?
“Sikit-sikit tukar, sikit-sikit tukar”
“Bangunan banyak rakyat tetap miskin”
Ungkapan klise masyarakat kita yang tak bersyukur dengan apa saja nikmat yang dilimpahkan.
Masyarakat kita pada hari ni cukup jumud dalam memberi buah fikir. Tatkala kerajaan sedang gigih mewujudkan keselesaan demi rakyat, tomahan dan makian tetap timbul.
Cara fikir yang tertutup ini sangat merisaukan kita terutamanya dalam rangka kita ingin membangunkan negara kita.
Seharusnya, rakyat perlu bersifat dan berfikiran terbuka dalam menerima dan memberi sokongan pada pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
Tiap pembaharuan dan kemajuan yang cuba dibawakan pada hari ini, semua bertujuan bagi memberi keselesaan kepada rakyat.
Namun, balasan kita pada penat lelah kerajaan adalah dengan memberi respon negatif, tidak menyambut baik seruan kerajaan bahkan sanggup bersekutu menjatuhkan negara.
Berfikiran tertutup dan tidak mahu menerima kemajuan, ini adalah makna bagi peribahasa sepuluh jong masuk kuala, anjing tetap bercawat ekor. – MYNEWSHUB.CC
#laskarmalaya