Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gambar: Bomba Selamatkan Lelaki...

AKIBAT satu perselisihan faham, seorang lelaki bertindak menyembunyikan diri dengan menyorok dalam sebuah...

Pemimpin PBB Dukacita Atas...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, meluahkan rasa...

Benjy, Rakan Wanita Mengaku...

KUALA LUMPUR: Pelakon, Benjy dan seorang rakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Isu Banglo: Peguam Negara...

PEGUAM Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan...

Sesiapapun Boleh Tawar Diri Jadi Calon Di Kota Belud

KOTA BELUD – Sesiapapun boleh menawarkan diri sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kota Belud pada pilihan raya umum akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata namun amalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan pemilihan calon yang memenuhi kriteria ditetapkan.

“Tradisi UMNO dan Barisan Nasional ini, kita serahkan kepada kebijaksanaan perdana menteri (selaku presiden UMNO dan pengerusi BN) dan ketua menteri Sabah sebagai pengerusi badan perhubungan UMNO negeri untuk menentukan siapa calon,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan van dan wang tunai untuk masjid di Kota Belud di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang secara terbuka menyatakan kesediaan kembali aktif dalam politik dan turut menyatakan minatnya untuk bertanding kerusi DUN dan Parlimen di Kota Belud.


“Bagi saya, saya berpandangan terbuka. Semua boleh menyatakan (hasrat mereka jadi calon) … oleh sebab Tan Sri (Pandikar) sudah menyatakan demikian, kita serahkan kepada perdana menteri dan ketua menteri Sabah untuk menentukannya,” katanya. – BERNAMA

Kategori