Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Perlu Jawab Tohmahan...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad...

Sila Berhati-Hati… Taktik Baru...

BARU-baru ini sebuah rakaman video seorang lelaki menceritakan pengalamannya ditipu oleh pembeli yang...

Gangguan Air Di USJ,...

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di beberapa tempat sekitar USJ, Subang Jaya...

Sultan Perak Sampaikan Pingat...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke...

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Bakal Buka IG Bayi Mereka

MUNGKIN sudah menjadi satu ‘kewajipan’untuk selebriti mendaftarkan akaun Instagram untuk anak-anak mereka seawal hari kelahiran lagi.

Selepas pasangan Scha Alyahya dan Awal Ashaari serta Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendedikasikan satu akaun khas untuk mengabadikan foto kenangan anak-anak mereka menerusi laman sosial, kini giliran Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pula.

Menurut aktor yang mesra disapa Sam itu, dia dan Syatilla akan mewujudkan akaun Instagram khas buat bayi sulung mereka yang masih menunggu masa dilahirkan itu pada hari pertama kelahirannya nanti.

Kata Sam, dia mahu menjadikan laman sosial tersebut sebagai ruang untuk dia mengabadikan foto kenangan sepanjang anaknya membesar.

“Saya merancang untuk membuka laman Instagram peribadi untuk anak pada hari pertama kelahiran kerana sebagai bapa saya nak melihat proses anak membesar.

“Setidak-tidaknya bila dia sudah dewasa nanti bolehlah dia tengok gambar-gambarnya semasa masih kecil dan ini akan menjadi memori yang cukup indah untuk dikenang semula.

“Kewujudan laman sosial bukan bermaksud saya memberi pendedahan kepada anak mengenai dunia hiburan, sebaliknya saya anggap ia hanyalah ruangan sosial semata-mata,” ujarnya kepada mStar Online.


Shaheizy dan Syatilla Melvin berkahwin pada 8 Februari tahun lalu di Pulau Pinang dan sedang menanti kelahiran anak lelaki mereka pada bila-bila masa Mei ini.

Dalam masa yang sama, Shaheizy tidak kisah jika zuriatnya itu turut menjadi perhatian masyarakat seperti anak-anak selebriti lain.

“Sebagai public figure, saya tak boleh nak elak publisiti orang ramai terhadap kami sekeluarga, jadi saya tak kisah andai anak turut menerima tempias tersebut.

“Bila anak sudah besar nanti, dia boleh pilih jalan kehidupannya sendiri, andai kata dia suka dengan kamera serta mahu berada dalam bidang ini juga tak ada masalah dan saya tak paksa,” ujarnya.

Sementara itu, Sam turut mengakui bahawa dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa. Malah, persiapan isterinya semasa proses berpantang di Kuala Lumpur juga telah dilakukan olehnya awal-awal lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori