TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Sharifah Sakinah yang baharu sahaja selamat melahirkan anak sulung perempuan, pagi tadi.
Berita gembira itu disahkan oleh kakaknya, Sharifah Shahirah yang juga merupakan selebriti terkenal di laman Instagramnya.
Shahirah atau mesra dipanggil Shiera turut memanggil bayi perempuan itu dengan nama baby Anais Adha.
Difahamkan, Sakinah bersalin secara pembedahan memandangkan usia kandungannya sudah mencecah 42 minggu.
Terdahulu, Sakinah memberitahu, suaminya, Aliff Adha berharap dapat menimang anak perempuan kerana tidak ada adik beradik perempuan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 Mac 2015. – MYNEWSHUB.CC