Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kesan Terbakar, Koyakan Pada...

KUALA TERENGGANU - Kesan terbakar dan koyakan pada kulit kepala hingga menampakkan tulang...

Bekas Anggota Parlimen Tanah...

KOTA BHARU - Bekas Anggota Parlimen Tanah Merah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR),...

PM Ucap Selamat Tahun...

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu...

Anggota Polis Cedera Ketika...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal mengalami kecederaan apabila bertindak...

Si Kitul Moden: Tali Barut Tak Pernah Mati

KALAU cakap pasal Si Kitul, sudah pasti kita akan teringat kepada kisah si pengkhianat yang menjadi tali barut Portugis dalam perang Melaka 1511.

Si Kitul penyampai maklumat keadaan pertahanan sehingga hancur kedaulatan Melaka pada masa itu.

Namun pernahkah watak Kitul ini mati dalam masyarakat kita?

Mungkin nyawa berpusar diberikan kepada watak Kitul ini untuk terus hidup dalam masyarakat Melayu.

Mari kita rungkai beberapa watak si Kitul Moden yang masih hidup megah dalam negara kita.

Dalam era moden ini, watak Kitul tidak terhad kepada menyalur rahsia sahaja, namun releven juga dengan idealis tang memartabatkan fahaman songsang. Ini jenis Kitul yang mencari sokongan luar negara untuk merosakkan imej dalaman.

1. Si Kitul Pejuang LGBT

Berapa ramai orang Melayu pada hari ini memperjuangkan hak kesaksamaan gender dalam bentuk LGBT.

Kalau dahulu kita menentang seks songsang diamalkan secara terbuka. Tapi hari ini, aktivis LBGT berasa bangga, bahkan cuba menggoncang perlembagaan agar hak seksualiti merdeka seks sejenis arau silang jenis yang aneh ini diiktiraf sebagai amalan yang disahkan.

Disebabkan itu lahir gerakan seperti COMANGO yang membawa suara nafsu pengamal LGBT ke peringkat global untuk memaksa kerajaan mengiktiraf kewujudan dan amalan seks aneh itu.

Namun, perkara ini sebenarnya merosakkan kedudukan perlembagaan dan rukun negara yang berpegang pada konsep ketuhanan dan susila. Tidak ada agama yang mengizinkan seks sejenis.

2. Si Kitul Pejuang “Demokrasi Sebenar”

“Demokrasi sekarang ni, tak telus, kita perlukan perubahan.”

Gunalah teknik apa sekali pun, akan ada saja masalah bila tiba musim memilih pemimpin.

Semua nak yang bersih. Cara nak bersih. Turun mengotorkan jalanan juga dianggap bersih demi demokrasi.


Apabila reformasi jalanan ini gagal, si Kitul pun meminta bantuan musuh luar. Malah sekongkol menjatuhkan pemimpin sedia ada.

Berapa ramai orang bijak aktivis penjaja Open Society yang juga agen AS datang ke Malaysia? Ramai. Semua kebanjiran agen asing melalui NGO ini muncul semata-mata kerana dijemput si Kitul. Semuanya semata-mata untuk mengajar geng Si Kitul ini menang pilihanraya.

Siapa yang buat? Orang Melayu kita yang buat.

3. Si Kitul Yang Tak Bersyukur

Kerajaan dah bagi itu, dah bagi ini. Tetap ada sahaja yang tak kena dihati.

Kerajaan buat inisiatif untuk rakyat, kata mereka: “Ini nak meraih undi saja.” Dalam senyap si Kitul sapu juga apa sahaja yang bermanfaat untuk dirinya.

Kerajaan bagi biasiswa mahal-mahal, bila habis belajar, tidak ingin pulang ke tanah air. Kerja di luar negara. Mentedarah gaji besar sambil mencela negara sendiri secara terbuka. Sampai bila kita perlu mengalami “brain drain” yang teruk ini.

Siapa yang melatah dan tidak bersyukur? Orang Melayu kitalah juga.

Berapa lama lagi watak “Si Kitul” ini perlu hidup dalam negara kita.

Kitul tidak mati sekali dalam sejarah Portugis menyerang Melaka. Anak cucunya di mana-mana.

#laskarmalaya

Kategori