Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Bumbung, Dinding Rumah Tercabut

KUANTAN Ć¢ā‚¬ā€œ Sebanyak 22 rumah penduduk terjejas akibat kejadian ribut dan hujan batu...

Pakatan Harapan Teliti Kaedah...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan menghantar wakil ke Tunisia bagi mempelajari insiden...

Pelakon TV Popular AS,...

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia...

Hakim Baharu Akan Dengar...

KUALA LUMPUR ā€“ Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang...

Singapura ‘Top 10’ Cetak Rompak Online Dunia

SINGAPURA – Di sebali gah sebagai sebuah negara maju dengan pendapatan perkapita rakyatnya lebih tinggi daripada jirannya di rantau Asia tenggara, Singapura turut mencipta rekod negatif.

Terkini, ia disenaraikan sebagai negara kesembilan di dunia bagi kegiatan cetak rompak secara onlineĀ sepanjang 2016, sekali gus muncul satu-satunya negara ‘kaya’ dan juga wakil Asia tunggal dalam kelompok 10 teratas.

Ini menurut kajian terbaharu dijalankan oleh firma teknologi maklumat antarabangsa Muso, yang menyediakan analisis data pasaran trend pengguna dan rekod anticetak rompak menerusiĀ Laporan Cetak Rompak Global 2017.

Syarikat tersebut menyatakan bahawa terdapat 191 bilion kunjungan ke laman-laman cetak rompak tahun lalu. Data itu mengecualikan China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Korea UtaraĀ memandangkan liputannya tidak cukup.

Ia mengambil kira jumlah kunjungan netizen ke laman cetak rompak sebagai nisbah kepada bilangan warga Internet di sesebuah negara itu. Dianggarkan 47 peratus daripada 7 bilion penduduk dunia merupakan pengguna Internet.

Apa yang cukup mengejutkan banyak pihak apabila Singapura yang memiliki 4.6 juta pengguna atau 82 peratus daripada jumlah penduduknya berada di tempat kesembilan dengan kunjungan 179.38 bagi setiap pengguna.

Dalam laporan Ranking Permintaan Cetak Rompak Muso,Ā Singapura juga melakar sejarah sebagai satu-satunya negara Asia dalam kedudukan 10 teratas daripada keseluruhan 220 buah negara dan wilayah berdaulat di dunia!


Belarus muncul juara diikuti Lithuania, Georgia Ukraine, Latvia, Romania, Poland dan Estonia. Secara kebetulan, kesemuanya merupakan negara rantau Baltik bekas Kesatuan Soviet yang memang diketahui agak miskin.

Tempat ke-10 disandang Israel yang secara kebetulan merupakan sekutu rapat Singapura. Ia sejajar dengan kajian firmaĀ Sycamore yang pernah melaporkan tujuh daripada 10 remaja Singapura aktif muat turun secara haram.

Malahan lebih dahsyat, kajian tersebut menunjukkan enam daripada 10 orang dewasa di Singapura juga gemar melakukan cetak rompak atas talian disebabkan pelbaga faktor termasuk tekanan kos sara hidup amat tinggi.

Ranking Muso itu turut namun melihat pada gambaran lebih luas, dan menyertakan setiap negara dalam kategori berdasarkan pelibatannya dengan kegiatan ‘lanun’ berbanding negara lain. Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori