Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Perompak Ditangkap Selepas Gagal...

China – Hasrat seorang perompak untuk membawa wang tunai berjumlah RM947,000 tidak kesampaian...

Janda Tawar Diri Minta...

SABAN hari, semakin banyak rakaman video yang tersebar menyaksikan seseorang individu itu melakukan...

Kedah Yakin Pulau Pinang...

SUNGAI PETANI - Kerajaan Kedah yakin dengan keupayaan kerajaan Pulau Pinang untuk menyelesai...

SPRM Serbu 3 Lokasi...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat serbuan serentak di...

Skim Insurans Kesihatan Sukarela Bakal Diperkenal

JOHOR BAHRU – Kerajaan akan memperkenal skim insurans kesihatan sukarela pada pertengahan tahun depan sebagai alternatif perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata struktur skim insurans itu sudah diluluskan Kabinet dan kini, ia sudah 40 peratus siap.

“Ia akan dikendalikan oleh organisasi tidak berasaskan keuntungan di bawah kementerian ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dr. Subramaniam berkata caruman skim berkenaan akan ditawarkan pada harga berpatutan tetapi perkara itu masih dalam peringkat perbincangan.

Beliau berkata skim insurans itu diharap dapat membantu mengawal harga rawatan perubatan swasta yang semakin meningkat.


“Kerajaan akan melihat skim ini dari semua aspek termasuk kos, liputan dan produk yang lebih baik yang ada ditawarkan oleh sektor swasta,” katanya.

Selain itu, kerajaan mahu memainkan peranan dalam memastikan kos rawatan di sektor swasta adalah munasabah dan mampu dibayar.

“Ada hospital swasta mengenakan kadar rawatan terlalu tinggi namun, jika ada saingan daripada (pelaksanaan) skim insurans ini, (kemungkinan) ia akan dapat mengawal harga rawatan dalam pasaran (perkhidmatan kesihatan swasta),” kata Dr. Subramaniam. – BERNAMA

Kategori