Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Kecoh Penampakan Hantu...

BARU-BARU ini, penonton BBC Breakfast dikejutkan dengan penampakan 'makhluk halus' yang kelihatan berwarna...

Kenal Pasti Atlet Prospek...

KUALA LUMPUR - Persatuan sukan kebangsaan perlu segera mengenal pasti atlet mereka yang...

Fosil Telur Dinosaur Ditemui...

SEOUL: Fosil telur dinosaur herbivor ditemui di wilayah Sinan, barat daya Korea Selatan,...

Penguatkuasaan Pindaan Peraturan Berkaitan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan pindaan peraturan berkaitan minuman...

Skuad Hoki Wanita Kekal Latihan Berintensiti Tinggi

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara mengekalkan latihan berintensiti tinggi pada Ramadan ini bagi memastikan prestasi pemain terus berada pada tahap terbaik menjelang Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) di Brussels, Belgium dari 21 Jun hingga 2 Julai depan.

Ketua jurulatih negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata walaupun bulan puasa beliau tetap mengekalkan jumlah intensiti latihan yang sama seperti sebelum ini bagi mengelakkan pemainnya mengalami kualiti latihan yang tidak baik.

“Saya tidak boleh menurunkan intensiti latihan pada waktu begini sebab kejohanan sudah makin hampir dan kita berada di dalam kumpulan maut. Oleh itu jika kita tidak bersedia dengan sempurna, kita akan dimalukan nanti.

“Daripada pengalaman saya, kualiti latihan akan menurun sekiranya kita kekurangan air, jadi sebab itu saya tidak mahu mengambil risiko mengekalkan waktu yang sama seperti sebelum Ramadan. Sebulan ini pemain perlu berkorban dan mereka tidak mempunyai masalah untuk itu,” katanya.

Muhammad Dharma Raj juga berkata keputusannya memperkenalkan jadual latihan baharu yang bermula pada sebelah malam kemudian disambung semula pada awal pagi sebelum berakhir dengan latihan ringan di gimnasium selepas sahur, disambut baik anak buahnya.

Menurutnya reaksi positif yang ditunjukkan skuad dengan jolokan Malaysian Tigress yang kini menduduki ranking ke-14 dunia itu jelas membuktikan kesungguhan dan kegigihan mereka untuk mencipta sejarah layak beraksi di pentas Piala Dunia 2018 di London.


“Latihan sebelah malam bermula pada pukul 8.30 hingga 10.30 malam sebelum disambung semula pada 3.30 – 5 pagi dan kemudian mereka akan balik untuk bersahur. Mereka (pemain) sangat positif dan saya memang dapat lihat kesungguhan yang ada dalam diri mereka.

“Pemain tahu ini adalah satu-satunya peluang terakhir mereka memburu slot untuk beraksi di London, jadi mereka sedar apa yang perlu dibuat selepas saya memberitahu tentang pelan latihan pada Ramadan,” katanya.

Malaysia dijangka menerima tentangan hebat daripada negara kuasa besar hoki apabila diundi berada di dalam Kumpulan B bersama Australia, Belgium, New Zealand dan Sepanyol.

Skuad negara bimbingan Muhammad Dharma Raj akan berlepas ke Amsterdam, Belanda, pada 12 Jun ini bagi mengharungi tiga perlawanan pemanas badan sebelum berlepas ke Brussels lima hari kemudian dan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Itali. – BERNAMA

Kategori