Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Mahu Kelihatan Bodoh...

PROGRAM realiti Gempak Superstar yang menampilkan barisan artis-artis tempatan berentap di dalam bidang...

Kastam Nafi Jual Gitar...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan penglibatannya dalam sebarang kegiatan penjualan...

Tanah Runtuh: Puluhan Orang...

LOS ANGELES - Pihak berkuasa berkata, puluhan penduduk masih belum dapat dikesan susulan...

Kualiti Udara Sederhana Pagi...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara sederhana pagi...

Sokongan Cina Terhadap MCA Semakin Kukuh

SEREMBAN – MCA Negeri Sembilan yakin sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu semakin kukuh, kata Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan II berkata hal ini dapat dilihat apabila setiap kali parti itu mengadakan program, ramai masyarakat Cina yang hadir sebagai tanda sokongan.

“Sokongan kepada MCA sangat baik sekarang berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, mereka (kaum Cina) sangat anti pada kita, bersalam pun tak nak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian di Majlis Makan Malam MCA Seremban, yang turut dihadiri Penasihat MCA Bahagian Seremban Datuk Peter Lai Yit Fee dan Datuk Hon Choon Kim.


Chong berkata beliau telah menggesa kesemua 60 cawangan MCA Seremban untuk bersama-sama menggembleng tenaga menghadapi PRU akan datang.

Seramai 600 ahli MCA hadir pada majlis makan malam itu. – BERNAMA

Kategori