Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Terengganu Hargai Peranan Media...

KUALA TERENGGANU - Peranan media dalam menyebarkan kefahaman dan memberi penjelasan tepat mengenai...

Lelaki Berkaki Ayam Untuk...

SEORANG lelaki mendedahkan dia tidak pernah memakai kasut dan berkaki ayam sejak empat tahun...

Piala Dunia: Argentina Tempuh...

BRONNITSY - Pertahanan Argentina, Gabriel Mercado mengakui perjalanan Piala Dunia pasukan itu kini...

Pemuda PKR Bantah Potongan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

Sporting! Siti Tunai Janji Nyanyi ‘Hang Pi Mana’

LAWAK pun ada, comel pun ada apabila Datuk Siti Nurhaliza menunaikan janjinya untuk menyanyikan lagu Hang Pi Mana!

Penyanyi No.1 negara itu menyanyikan lagu dendangan asal kumpulan Khalifah tersebut, selepas pasukan bola sepak Pahang tewas 3-2 kepada Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam, Sabtu lalu.

Lagu popular berkenaan didendangkan penyanyi tersohor itu di stesen radio Era FM, pagi tadi.

Malah, ketika berlangsungnya majlis jamuan bersama kelab peminatnya, Siti Zone, di ibu kota, semalam, aksi Siti menyanyikan lagu terbabit turut dirakamkan peminat dan wakil media.

“Sekalipun lahir di Pahang, separuh badan saya kini kiranya sudah ada darah Kedah kerana suami (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) dari negeri berkenaan.

“Jadi, bab usik-mengusik dengan suami itu perkara biasa apabila membabitkan perkara berkaitan negeri masing-masing, termasuklah ketika Kedah dan Pahang diumumkan berentap pada peringkat akhir Piala FA.


“Kebetulan juga Siti dan seorang teman berkahwin dengan orang Kedah. Tambahan pula kami berempat aktif berbasikal dan mempunyai kumpulan WhatsApp sendiri. Kecoh jugalah dalam kumpulan itu kerana Piala FA. Masing-masing nak menuntut hadiah, jika negeri sendiri menang.

“Akhirnya Siti turut bergurau, kalau Kedah menang dan Pahang tewas pada perlawanan itu, Siti kena nyanyi lagu Hang Pi Mana. Nampaknya Siti kenalah tunai janji,” tuturnya memetik BH Online. 

Walaupun nyanyian Siti itu agak ‘lain macam’ sedikit daripada kebiasaannya, namun beliau tetap comel dan kelihatan amat sporting melayan kerenah peminat mengusiknya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori