Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Video: ‘Menang Tetap Menang!’...

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim gembira bukan kepalang dengan kejayaan...

Lancar Tudung Di Zouk,...

PELANCARAN koleksi hijab Be Lofa dibawah jenama Naelofar Hijab yang diadakan dekat sebuah...

2 Penari Bogel Thailand...

DUA gadis Thailand yang menari bogel dalam satu video lucah, kini berdepan dengan...

Malaysia Hormati Keputusan Chile...

PUTRAJAYA - Malaysia memahami keputusan Chile untuk membatalkan persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik...

SPRM Tahan 3 Anggota Polis Di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga anggota polis kerana meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemandu kenderaan sebanyak RM500.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban berkata seorang koperal dan dua lans koperal berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan pukul 4 petang serta 11 malam tadi ketika sedang bertugas di Balai Polis Seberang Jaya, di sini.

“Berdasarkan siasatan, mereka meminta rasuah daripada seorang pemandu kereta yang melakukan kesalahan memandu kenderaan dengan cukai jalan tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya tiga anggota polis itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Abdul Aziz berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori