Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mahu Pinjam RM17,000 Tapi...

KUANTAN - Niat asal mahu membuat pinjaman peribadi sebanyak RM17,000, namun akhirnya ditipu...

Keselamatan Mugabe, Keluarganya Adalah...

HARARE - Bakal presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa berikrar bahawa keselamatan bekas presiden,...

Yingluck Shinawatra Disahkan Berada...

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun...

AMK Bertegas Anwar Paling...

SHAH ALAM - Bayangkanlah jika logo rasmi pun tidak boleh sepakat, apatah lagi...

SPRM Tahan Tiga Lagi Pegawai Zakat Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan tiga lagi pegawai Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat negeri ini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban berkata tiga pegawai lelaki itu yang berusia di antara 33 dan 49 tahun, ditahan kira-kira 4.30 petang tadi di pejabat ZPP.

Selain itu, SPRM memanggil tiga pegawai ZPP serta seorang ahli perniagaan dan seorang kontraktor untuk diambil keterangan mereka, katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang menahan 12 suspek termasuk pegawai kanan dan tiga pegawai ZPP serta lapan kontraktor berusia di antara 41 dan 52 tahun.


Dua pegawai ZPP telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang manakala lapan kontraktor turut dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, tempoh reman bagi pegawai kanan ZPP dan seorang lagi pegawai badan itu disambung empat hari lagi bermula hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori