Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Maut Lori Terhumban...

SANDAKAN - Seorang wanita maut apabila lori tiga tan dinaikinya terbabas dan terhumban...

Nasib 20,000 Kakitangan MAS...

PETALING JAYA - Nasib bagi 20,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan ditentukan...

Dewan Ulama Salahkan Cina...

DEWAN Ulama PAS menerusi Timbalan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi...

10 EXCO Kedah Angkat...

ALOR SETAR - Seramai 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah selesai mengangkat...

Sukan SEA: Skuad Bawah 23 Berlatih Di China

MELAKA – Skuad bawah 23 tahun kebangsaan memilih China bagi menjalani latihan persiapan menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos depan.

Pengurus pasukan, Datuk Yusoff Mahadi berkata skuad bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee akan memulakan latihan itu pada 9 Jun.

“Di China nanti skuad B-23 akan diuji menerusi tiga perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 23 tahun kebangsaan China dan dua lagi perlawanan dengan kelab-kelab di Gungzhou, China,” katanya.

Beliau berkata bila pulang ke tanah air, skuad B-23 Kebangsaan akan sekali lagi diuji dengan salah sebuah pasukan Liga Super yang akan diumumkan nanti sebelum pemain berehat untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata pihaknya memilih pasukan B-23 Kebangsaan China kerana pasukan itu agak kuat dan sesuai dijadikan sebagai tempat untuk menimba pengalaman berguna bagi menghadapi sukan SEA.


“Saya fikir dengan tiga perlawanan di luar negara dan satu perlawanan di dalam negara cukup untuk memberi kematangan kepada pemain kita sebelum beraksi di Sukan SEA,” katanya.

Katanya, sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur bermula, skuad B-23 akan sekali lagi diuji Julai depan pada perlawanan pusingan kelayakan ke Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23, 2018 menentang pasukan B-23 Thailand. – BERNAMA

Kategori