Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Wanita Vietnam Direman Kes...

PUTRAJAYA - Seorang wanita Vietnam yang sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan...

Pembangunan Pelancongan Dapat Perhatian...

LANGKAWI - Pembangunan pelancongan akan terus diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan Pakatan Harapan...

Terserempak Keluarga Tidur Beralas...

SEREMBAN - Tidur beralaskan lengan dan bubur nasi menjadi hidangan utama buat lapan...

Video: Selamba Campak Air...

SEORANG wanita menempuh detik hitam apabila dirinya dimalukan oleh seorang lelaki yang selamba mencampakkan...

Sultan Selangor Rasmi Masjid Kampung Sementa

KLANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Kampung Sementa, Kapar di sini.

Baginda turut berbuka puasa bersama penduduk setempat pada majlis itu sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Masjid yang dibina pada pertengahan 2013 dan siap sepenuhnya pada Nov 2015 itu mempunyai ruang solat berkapasiti 2,000 jemaah.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Haris Kasim.


Pada majlis itu, Sultan Selangor juga berkenan menyampaikan sumbangan zakat sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada 227 asnaf fakir dan 133 mualaf, dengan masing-masing menerima wang tunai RM500.

Selain itu , kerajaan Selangor turut menyampaikan peruntukan khas kepada Masjid Kampung Sementa berjumlah RM10,000 serta bantuan RM20,000 dan RM50,000, masing-masing kepada Surau Al Ikwan, Taman Setia dan Surau Azizah Batu 7, Jalan Kebun di sini. – BERNAMA

Kategori