Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Kekal Ketua...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Ketua Pembangkang, walaupun...

Sambut Hari Lahir Ke-72,...

UNIK... Demi berkongsi kegembiraannya, seorang penjual aiskrim telah memberi 1,000 aiskrim percuma kepada...

Toleransi Resipi Keutuhan Cinta...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin tertua di dunia, mendedahkan...

4 Terselamat, Heli PDRM...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Empat orang yang menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Suspek Op Lavish Dibebas Dengan Jaminan SPRM

ALOR SETAR – Suspek utama kes rasuah membabitkan permit kerja ekspatriat dan profesional warga asing bernilai lebih RM20 juta, dibebaskan hari ini.

Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Rendah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim membenarkan suspek berusia 37 tahun yang juga pegawai kanan Imigresen Padang Besar, Perlis dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas lanjutan reman ke atasnya tamat hari ini.

Suspek dibenarkan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin.

Dalam Op Lavish awal Mei lalu, lima termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ ditahan berhubung kes rasuah, antaranya meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional yang melibatkan 339 permohonan dengan 18,626 pas diluluskan sejak 2015.


Bagaimanapun empat daripada suspek berkenaan dilepaskan dengan jaminan SPRM pada Isnin lalu, dengan setiap daripada mereka perlu membayar RM10,000 dan mempunyai dua penjamin.

Jumlah sitaan dan pembekuan setakat ini berjumlah RM6.57 juta. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori