Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Beruang Kutub Singapura Kini...

SINGAPURA - Sebuah kek hari jadi yang diperbuat daripada agar-agar dan dihiasi dengan...

Barisan Nasional Perak Sedia...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum...

“Letak Jawatan Atau Kami...

SHAH ALAM - Gabungan Mahsiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa Dr Maszlee Malik untuk...

2 Sahabat Diberkas Bersama...

KUALA TERENGGANU – Polis menemui dadah jenis syabu dan pil Methamphetamine bernilai hampir...

Tajaan Temasya Kuala Lumpur 2017 Lepasi Sasaran

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (Masoc) berjaya melepasi sasaran awal penajaan sebanyak RM80 juta untuk temasya Kuala Lumpur 2017 (Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata penajaan terbaharu daripada pengeluar pewter tempatan, Royal Selangor menyaksikan Masoc berjaya mengumpul jumlah penajaan sebanyak RM82.7 juta.

Daripada jumlah itu, RM25 juta adalah wang tunai manakala selebihnya dalam bentuk barangan dan cenderahati.

“Kita sudah mencapai 103 peratus atau pun RM82.7 juta…sasaran kita RM80 juta, jadi kita sudah lepasi KPI (Prestasi Petunjuk Utama) dari segi penajaan,” katanya.

Khairy berkata demikian selepas majlis memperkenalkan reka bentuk pingat dan pengumuman Royal Selangor sebagai Penaja Perak untuk temasya KL 2017 di sini, hari ini.


Mengenai reka bentuk pingat berkenaan, Khairy memuji inisiatif diambil Royal Selangor untuk menggabungkan penggunaan kayu kempas dan tin, yang merupakan hasil sumber asli terdapat di negara ini.

Beliau memaklumkan lima peratus hasil jualan cenderamata yang dikeluarkan Royal Selangor untuk KL 2017 seperti patung pewter Rimau, pin baju dan pingat kenangan akan disalurkan ​kepada Masoc.

Edisi ke-29 Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos, manakala edisi kesembilan Sukan Para ASEAN dijadual diadakan dari 17 hingga 23 Sept. – BERNAMA

Kategori