Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kekasih ‘Sehidup Semati’ Maut...

DISEBABKAN mengalami masalah cinta, sepasang kekasih maut selepas terjun dari tingkat 14 di...

Zul Ariffin Akui Sudah...

RAMAI yang sudah mengesyaki bahawa hubungan Zul Ariffin bersama Gayatri mungkin sudah berakhir setelah...

Remaja Gila Bayang Redah...

CHINA – Demi cintanya kepada seorang gadis yang hanya dikenali melalui internet, seorang...

Pakatan Rakyat Tak Ikhlas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan Pulau Pinang sepatutnya...

“Tak Mengapalah Dia Nak Pergi” – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – “Tak mengapalah dia nak pergi..usaha kita tetap teruskan,” kata penaja utama The Red Warriors (TRW) waktu ini, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak (KAFA) dipercayai mengulas tentang pemain import TRW, Mohammed Ghaddar dipancing kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)

Menurut beliau, penyerang skuad kebangsaan Lubnan, Abou Bakr Al-Mel, 25, akan tiba di Kelantan esok bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ghaddar dalam skuad TRW.

“Nama Penuh Abou Bakr Al-Mel. Nama gelaran Bako. 25 tahun. Tiba di Kota Bharu esok,” katanya di Facebook hari ini.

Pengarah Sukan Kelab JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan bagi menjustifikasikan tindakan kelabnya mendapatkan Ghaddar mendakwa langkah tersebut “win-win situation” kepada semua pihak terlibat.

Kata Alistair, ia satu tawaran yang baik untuk kedua-dua kelab di mana Kelantan akan dapat menyelesaikan beberapa isu-isu kewangan serta membeli beberapa pemain baru.


Sebilangan penyokong pasukan Kelantan tidak dapat menerima hujah tersebut dan mendakwa ayat “win-win situation” itu hanya alasan untuk JDT mendapatkan Ghaddar yang sedang berada diprestasi terbaik.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menafikan pasukannya membelanjakan RM5 juta untuk mendapatkan pemain import Kelantan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori