Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penggerak GDW 3.0 Perlu...

KUANTAN - Penggerak Gerakan Daya Wawasan (GDW) 3.0 perlu memainkan peranan lebih aktif...

‘Berumah’ Dalam Kereta Lebih...

KUALA LUMPUR - Anggota keluarga seorang daripada mangsa lemas di Sungai Gasi berhampiran...

Bangkai Gergasi Misteri Berbulu...

ANEH... Seekor gergasi laut misteri dan berbulu ditemukan terdampar di pesisir pantai di...

Doktor Gigi Puaka Dibicarakan...

Nevers (Perancis) - Seorang lelaki Belanda yang digelar media di sini sebagai ‘doktor...

Tak Perlu Bimbang Harga Musang King, Nanas Naik

PUTRAJAYA – Kenaikan harga durian ‘Musang King’ dan nanas berikutan langkah mengeksport ke China tidak wajar dibimbangkan kerana ia sebenarnya membawa kebaikan kepada negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Apabila harga naik, ia akan menyebabkan lebih ramai orang yang ingin terlibat dalam sektor ini (penanaman durian dan nanas),” katanya mengulas kekhuatiran bahawa usaha kerajaan mengeksport durian dan nanas ke China akan mengakibatkan kenaikan harga.

Ahmad Shabery berkata durian Musang King dan nanas bukanlah makanan asas rakyat Malaysia berbanding ayam, telur dan beras.

“Kalau sumber protein seperti ayam, telur dan beras naik harga, itu saya bimbang. Kalau harga nanas dan durian di Malaysia menjadi mahal saya tidak bimbang. Yang saya bimbang ialah kalau nanas dan durian Malaysia tidak ada harga,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan ‘Livestock Malaysia
2017’ di kementeriannya di sini hari ini.

Dalam rangka kerja ke China bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, beliau telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak berkuasa China bagi pengeksportan nanas buat kali pertama ke republik itu.

Ketika berada di China, beliau turut mengumumkan bahawa Malaysia sedang berusaha untuk mengeksport Musang King ke China.

Ahmad Shabery berkata ketika singgah di Hong Kong dalam lawatan ke Beijing itu, beliau mendapati harga Musang King mencecah RM800 sebiji.


“Di China (Musang King) RM200 sekilogram, bila ada musim boleh mencecah RM300. Perkembangan ini akan membuka mata para pemilik tanah, petani malah golongan muda bahawa ini adalah bidang yang boleh mereka ceburi.

“Kalau harga nanas kita tinggi, saya percaya bahawa orang tidak akan membenarkan lagi tanah mereka terbiar,” katanya lagi.

Ahmad Shabery berkata masyarakat tempatan mempunyai banyak lagi pilihan durian selain Musang King seperti D24 dan durian kampung.

“Yang murah itu banyak. Jangan risau. Tapi kalau hendak durian yang premium, harganya tinggi kerana pasaran dan permintaannya tinggi,” katanya. – BERNAMA

Kategori