Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bersetuju Dalam Sesuatu Perkara...

Bersetuju Dalam Sesuatu Perkara Bukan Bermaksud Berkerjasama

Terowong Menora: Aliran Trafik...

IPOH - Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Ipoh ke Kuala...

Guan Eng Minta Rasuah...

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Lim...

Festival Belia Putrajaya 2015...

PUTRAJAYA - Mewujudkan lebih banyak usahawan belia terutamanya dalam kalangan golongan muda luar...

Tak Pernah Menang Award, Tapi Tetap Masyuk

JIKA diperhatikan, populariti penyanyi muda Aiman Tino berada pada satu tahap yang cukup selesa jika hendak dibandingkan dengan penyanyi-penyanyi yang sebaya dengan dirinya.

Namun, di sebalik kejayaan lagu berhantunya, Ku Rela Dibenci, Aiman tidak pernah menggenggam mana-mana trofi anugerah, baik daripada anugerah yang mempertaruhkan populariti seseorang artis mahupun anugerah yang menilai kualiti kerja seseorang individu seni itu sendiri.

Walaupun melalui situasi sedemikian perkara itu tidak menjadi kudis langsung buat anak muda berusia 19 tahun ini.

Ini kerana bagi Aiman, populariti jatuh di tangga kedua kerana yang lebih penting untuknya ialah tawaran mengadakan persembahan tidak pernah putus-putus buat dirinya sejak menceburkan diri dalam bidang seni sejak tahun lalu, lapor mStar Online.

“Terpulanglah apa persepsi orang nak kata saya ni dah tak popular atau apa, asalkan show  ‘masyuk’ (masuk) itu dah cukup buat saya rasa bersyukur.

“Popular itu bonus dan seandainya ia bukan milik saya sekarang, bermakna itu bukan rezeki saya dan siapa pula saya untuk mempertikaikannya?” katanya.


Aiman atau nama lengkapnya, Aiman Yusri Ishak berkata, walaupun sering kepenatan sejak mula dikenali kini, namun dia langsung tidak menganggap perkara itu sebagai penghalang untuknya terus menghiburkan peminat yang setia menyokong kerjayanya.

“Penat memang penat sehingga pernah beberapa kali saya menyuarakan perkara itu kepada ayah namun lazimnya kepenatan itu akan hilang dengan sendiri setelah saya bertemu dan menghiburkan peminat di pentas,” katanya lagi.

Untuk makluman, muzik video lagu Ku Rela Dibenci masih lagi mengungguli carta video artis tempatan yang paling banyak mendapat jumlah tontonan di Malaysia iaitu sebanyak lebih 21 juta kali setakat artikel ini ditulis. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori