Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tak Mau Bazir, Diana...

DEMI menyimpan wang bagi keperluan masa depan anak-anak, pelakon Diana Danielle berkata dia...

Projek Naik Taraf Sekolah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 394 projek menaik taraf sekolah daif sedang dilaksanakan di...

Video Ini Akan Buat...

Thailand memang terkenal dengan video-video yang sangat kreatif dan tidak pernah lekang dengan...

Mayat Rentung Dalam Kereta...

TELUK INTAN — Satu mayat ditemukan rentung dipercayai dibunuh di dalam sebuah kereta...

Taktik Edar Dadah Guna Pek Minuman Tumpas

IPOH – Taktik membungkus dadah dalam paket minuman segera untuk mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya tumpas dengan tertangkapnya dua individu termasuk seorang wanita di sebuah pusat hiburan dekat Manjung, Ahad lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata sindiket itu menggunakan paket dengan label minuman kopi campuran segera dan serbuk jus yang sebenarnya mengandungi dadah jenis ketamin.

Beliau berkata rampasan itu hasil daripada tangkapan wanita berumur 29 tahun dan lelaki 45 tahun kira-kira pukul 2.10 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Manjung.

“Pemeriksaan di sebuah bilik di dalam pusat hiburan itu menjumpai 16,000 biji pil eramin 5, pil ekstasi sebanyak 2,100 biji dan 4.46 kilogram (kg) ketamin yang separuh daripadanya dipaket dengan label minuman kopi campuran segera dan serbuk jus.

“Nilai keseluruhan dadah adalah RM333,594.30,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut Hasnan, hasil siasatan mendapati suspek lelaki tidak bekerja manakala wanita adalah pelayan di pusat hiburan dan ujian saringan air kencing ke atas mereka didapati negatif dadah.

“Mereka aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lepas dan dadah tersebut dipercayai dijual kepada pelanggan di pusat hiburan terbabit yang digunakan untuk berhibur,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang merupakan teman rapat itu direman tujuh hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan dikenakan hukuman gantung sampai mati

Katanya, polis juga sedang menjalankan siasatan ke atas pemilik pusat hiburan terbabit sama ada turut terlibat dalam kegiatan itu atau sebaliknya dan sekiranya terlibat, premis berkenaan akan disita.


Dalam pada itu, Hasnan berkata sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Perak dan bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kerian menahan seorang lelaki dan turut merampas 3.2kg heroin bernilai RM80,275 di tepi jalan di kawasan Pekan Parit Buntar kira-kira 4 petang hari yang sama.

Katanya, lelaki terbabit bekerja sebagai pencuci kereta dan mempunyai empat rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah serta dadah dipercayai menjual barang terlarang itu di sekitar Perak dan Pulau Pinang serta ia boleh digunakan untuk 15,000 orang.

Hasnan berkata hasil siasatan juga mendapati suspek merupakan antara enam anggota sindiket dadah dan polis sedang menjejaki lima lagi anggotanya yang masih bebas.

“Lelaki itu direman tujuh hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Mengenai kejayaan yang dicapai oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak dari Januari hingga April tahun ini, Hasnan berkata jabatan itu telah menangkap 771 pengedar dadah, 1,811 orang memiliki dadah manakala 890 positif dadah.

Katanya, dadah yang dirampas membabitkan syabu seberat 75.5kg, ketamin 186.33 gram, 161 biji pil ekstasi, 180,000 biji pil yaba dan 1,536 biji pil eramin 5 manakala ganja dan heroin masing-masing seberat 70.6kg dan 15.6kg dengan nilai keseluruhan rampasan RM9.4 juta. – BERNAMA

Kategori