Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jepun Siap Sedia Tembak...

TOKYO: Menteri Pertahanan, Yasukazu Hamada mengarahkan tentera Jepun bersiap sedia menembak jatuh satelit...

Koronavirus: Cecair Pembasmi Kuman...

KUALA LUMPUR - “Maaf ya, hand sanitiser (cecair pembasmi kuman) sudah habis. Kami...

PM Lancar Laman Web...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan laman web peribadi...

Pergerakan Anggota Daesh Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pergerakan kira-kira 59 rakyat Malaysia yang menyertai militan Daesh di...

Tanaman Tembikai: FGV Sewakan 125 Hektar Tanah

JEMPOL – Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) menyewakan seluas 125 hektar tanah di Felda Palong 21, di sini kepada syarikat C Senhuat Sdn Bhd bagi projek perintis tanaman tembikai.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata ia sebagai tanaman sampingan kepada ladang-ladang kelapa sawit yang sedang menjalani proses tanam semula.

“Projek ini akan memberi peluang kepada masyarakat peneroka tempatan untuk menambah pendapatan.

“Kami menyewakan tanah ini pada kadar RM100 seekar setahun dan tempoh perjanjian dengan syarikat pemaju itu ialah selama dua tahun. Langkah ini juga mampu memberi penjimatan kos penyelenggaraan kepada FGV manakala pengusaha pula dapat usahakan tembikai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Projek Perintis Pembangunan Tanam Semula Kelapa Sawit Bersama Tanaman Tembikai di sini.

Turut hadir Ketua Kluster Sawit Huluan FGV Datuk Ir Jamlus Aziz.

Mohd Isa dalam pada itu menegaskan bahawa projek berkenaan bukanlah perniagaan terbaru FGV sebaliknya syarikat itu hanya menyewakan tanah miliknya untuk diusahakan syarikat dan manfaat masyarakat peneroka.


Dalam pada itu, beliau berkata penanaman itu yang dijangka mampu mengeluarkan sebanyak 10,750 metrik tan untuk sekali pusingan, akan dipasarkan untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Terdahulu, Mohd Isa dalam ucapannya berkata projek berkenaan adalah projek percubaan yang jika berjaya akan dikembangkan di kawasan Felda yang lain.

“Tembikai ini adalah buah yang boleh dikomersialkan dan mempunyai pasaran yang baik di luar negara.

“Saya mengharapkan projek ini berjaya,” katanya. – BERNAMA

Kategori