Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hari Malaysia: Meraikan Perpaduan...

KOTA KINABALU - Pada Sabtu ini, 16 Sept, rakyat Malaysia akan menyambut Hari...

Najib Dilarang Ikuti Prosiding...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

PAS Tak Akan Sama...

KANGAR - Mursyidul Am PAS yang baharu, Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu...

Harrif Puas Hati Tamat...

PEKAN — Pelumba pecut kebangsaan, Mohd Harrif Saleh puas hati kerana berjaya menamatkan...

Tayang Cincin Berlian, Wanita Buat Netizen Menyampah

INI memang nak menunjuk. Seorang wanita yang juga isteri kepada ahli perniagaan sengaja menunjukkan cincin bertahtakan berlian 70 karat berharga RM39 juta.

Ia pemberian sempena hadiah ulang tahun perkahwinan yang kelima, ditayangkan semata-mata untuk menunjukkan kekayaan suaminya.

Tindakan Ksenia Tsaritsina, 27, yang juga seorang model itu bagaimanapun dikecam netizen setelah gambar cincin berkenaan dimuatnaik dalam media sosial.

“Suami saya tidak pernah kedekut ketika membeli hadiah untuk saya. Dia membuat keputusan bahawa belian 30 karat tidak cukup untuk saya,” katanya dalam nada bangga.

Ramai yang menyampah dengan Ksenia yang hanya mampu berbangga dengan kecantikan yang palsu, bukan semula jadi.

Dia dikatakan melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan jelita.

Namun kebanyakan yang mengutuknya itu kemungkinan besar cemburu dengannya sedangkan Ksenia diketahui ramai, suka memuji diri sendiri.


“Apabila ia melibatkan rupa, saya memiliki kesempurnaan.

“Itulah sebabnya selepas dua kelahiran (dua anak) saya mahu kelihatan lebih baik daripada sebelumnya. Saya adalah model dan saya tahu betapa pentingnya untuk kekal cantik,” katanya.

Ksenia dan suaminya, Aleksey Shapovalov sering menghabiskan masa di Rusia dan Dubai. Malah wanita itu sering kelihatan di Dubai sambil memandu kereta mewahnya, Bentley. – MYNEWSHUB.CC

Kategori