Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Disimbah Asid Menerusi Tingkap...

Bangladesh - Dua beranak mengalami lecur yang teruk selepas penyerang menyimbah asid ke...

Kerajaan Susun Langkah Haram...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil langkah sementara bagi mengekang perkahwinan melibatkan kanak-kanak...

Otai Reformis Turun Ke...

PETALING JAYA - Kumpulan pro-Anwar Ibrahim berkata keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan...

Penyamun Disangka Polis, Lelaki...

GEORGE TOWN - Seorang pemandu limosin kerugian hampir RM2,000 selepas dirompak dua lelaki...

Tayar Pesawat MAS Kempis Selepas Mendarat Di KLIA

SEPANG – Dua tayar pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH726 dari Jakarta mengempis selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Insiden pada 7.13 pagi itu membabitkan pesawat Boeing 738 menyebabkan Landasan 2 di KLIA ditutup.

Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini berkata penumpang dan anak kapal selamat turun dari pesawat dan dipindahkan ke terminal menaiki bas.

Syarikat penerbangan itu berkata bagasi mereka juga dihantar ke terminal dengan bas.

“Landasan 2 di KLIA ditutup sehingga diberitahu kelak,” kata kenyataan itu.


Malaysia Airlines berkata ia akan menyiasat punca kejadian berkenaan.

“Berikutan kekurangan pesawat, beberapa penerbangan menggunakan pesawat ini akan dinaik taraf iaitu ia akan dikendalikan pesawat Airbus 330 dan kami sedang mengkaji untuk mengerahkan pesawat Airbus 380 untuk memberi perkhidmatan di laluan Australia,” menurut kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu menegaskan: “Keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines dan melahirkan rasa kesal atas kesulitan yang berlaku kepada penumpang.” – BERNAMA

Kategori