Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perjanjian Pakatan Harapan Tidak...

KUALA SELANGOR - Kedudukan PAS tidak tergugat dengan pemeteraian perjanjian Pakatan Harapan, gabungan...

Ramai Wanita Mengandung Hisap...

WASHINGTON - Kajian baharu menemui bukti bahawa semakin ramai ibu mengandung di Amerika...

TNB Bersedia Ceburi Perniagaan...

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bersedia untuk menerokai perniagaan kesalinghubungan yang...

PATI Kem Penempatan Wang...

PUTRAJAYA - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditemukan di kem penempatan...

Tentera Filipina Sahkan 3 Militan Malaysia Terbunuh

PANGLIMA tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano mengesahkan tiga militan rakyat Malaysia, seorang warga Indonesia dan Arab Saudi terbunuh dalam pertempuran di Marawi, Filipina baru-baru ini.

Perkara itu dipetik menerusi maklumat perisikan terbaru yang diterima anggota tentera Filipina selepas kejadian.

Baca: 6 Militan Indonesia, Malaysia Maut Di Marawi

The Associated Press (AP) melaporkan, tentera kini mara bagi memecahkan kepungan militan selama seminggu di bandar itu.

Menurut Ano, pengganas juga merancang membakar bandar ini dan membunuh seberapa ramai penduduk Kristian di bandar berhampiran Iligan sepanjang Ramadan untuk meniru keganasan yang dilihat dunia di Syria dan Iraq.

Laporan tersebut menjelaskan militan Islam merancang membakar keseluruhan bandar ini bagi menonjolkan pengaruh Daesh di rantau ini.


Sementara itu, pakar keganasan di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam Singapura, Rohan Gunaratna, berkata beliau percaya Daesh dan kumpulan kecil serantau sedang bekerjasama bagi menunjukkan kekuatan mereka dan mengisytiharkan wilayah Filipina itu sebagai sebahagian khalifah di Asia Barat.

Beliau berkata, pertempuran di Marawi, serta beberapa pertempuran kecil di tempat lain di selatan Filipina, mungkin pencetus untuk mengisytiharkannya sebagai ‘kejayaan besar buat pengganas’. – MYNEWSHUB.CC

Kategori