SEORANG pemandu teksi ‘sapu’ tergamak meninggalkan jasad penumpang lelaki yang meninggal dunia dalam keretanya di tepi jalan, dalam satu kejadian di Indonesia awal Isnin lalu.
Menurut media tempatan,, mangsa yang sebelum itu dihantar berubat cara kampung di satu kawasan dengan menggunakan kereta sewa pemandu berkenaan.
Mangsa yang meninggal dunia secara tiba-tiba kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan di kampung Moci, mukim Bontoramba, daerah Jeneponto dalam wilayah Sulawesi Selatan.
Pengguna Facebook bernama Dharnie Anie berkongsikan berita sedih itu dengan memuat naik gambar jenazah bersama beberapa individu dipercayai ahli keluarganya di lokasi kejadian berkenaan.
Turut kelihatan seorang wanita dipercayai ibu kepada jenazah meratapi kematian anaknya itu kerana terlalu sedih melihat dia diperlakukan sedemikian oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ketua Polis Daerah Tamaletea, AKP Syahrul Saat mengesahkan kejadian itu dan mengatakan pemandu lelaki berkenaan kini sedang diburu bagi membantu siasatan.
Ekoran kejadian tersebut, natizen tempatan mengecam tindakan pemandu tidak bertanggungjawab itu dan menggesa pihak polis memberikan hukuman lebih berat kepada pemandu berkenaan. – MYNEWSHUB.CC
*Video di bawah sekadar hiasan…