Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Kereta Dipandu...

TAWAU - Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas kereta yang dipandunya gagal...

Lapangan Terbang Sultan Mahmud...

KUALA NERUS - Kerajaan negeri Terengganu bercadang menaik taraf beberapa kemudahan di Lapangan...

Pelakon Watak Albus Dumbledore...

LONDON – Pelakon berdarah Ireland-Inggeris, Sir Michael Gambon menghembuskan nafas terakhir di hospital...

KFC Perkenal Keju 3...

KUALA LUMPUR - Siri hidangan berkeju popular KFC diteruskan dengan sebuah lagi ciptaan...

The Star Rosakkan Imej Negara, Hina Islam – Perkasa

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyatakan imej Malaysia di mata dunia sudah terjejas berikutan laporan muka hadapan The Star.

Timbalan Presidennya, Datuk Sirajuddin Salleh berkata, laporan bertajuk “Malaysian Terrorist Leader” dengan gambar umat Islam sedang sujud menunaikan solat merosakkan imej negara ini di samping menghina Islam.

“Bukan itu sahaja, usaha kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan dengan aman damai menjadi sia-sia.

“Pelancong atau pembaca dari luar negara pasti akan terpengaruh dnegan tajuk muka depan akhbar The Star, ia memberi gambaran Malaysia ini sebuah negara pengganas atau pengeksport pemimpin pengganas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu katanya, masyarakat luar akan mengaitkan pengganas adalah Islam, gamabarn ini benar-bena menghina Islam dan meranapkan usaha kerajaan mempromosikan konsep kesederhanaan dalam Islam.

“Keadaan ini akan menjejaskan sifat persefahaman dan toleransi pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Terdahulu, The Star menerusi siaran muka depannya yang diterbitkan Sabtu lalu menyiarkan gambar umat Islam menunaikan solat Terawih dengan tajuk utamanya “Malaysian Terrorist Leader”.


Terbitan sedemikian menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak dan dianggap tidak menghormati hari pertama bulan Ramadan.

Portal mStar Online seterusnya mengeluarkan kenyataan permohonan maaf di atas kesilapan itu semalam.

Hari ini, Kementerian Dalam Negeri telah memanggil empat pengarang The Star iaitu Pengarang Pakar M. Shanmugam serta tiga pengarang eksekutif iaitu Brian Martin, Dorairaj Nadason dan Rozaid Abdul Rahman.

Mereka tiba di pejabat KDN pada jam 10.50 pagi dan dilihat keluar dari bangunan itu kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, pihak media yang menunggu untuk mendapatkan kenyataan mereka hampa apabila dimaklumkan keempat-empat wakil akhbar berkenaan keluar melalui pintu lain. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori