PENYANYI lagu I Feel It Coming The Weeknd dilaporkan telah membeli sebuah rumah mewah terletak di California, Amerika Syarikat (AS) dengan harga ‘meletops’ RM855 juta.
Menurut laporan E! Online, penyanyi itu membeli rumah tersebut untuk tinggal bersama kekasihnya, Selena Gomez.
“The Weeknd tidak teragak-agak mengambil keputusan untuk membeli rumah tersebut kerana dia menganggap itu adalah pelaburan yang baik demi masa depannya.
“Dia juga ingin memastikan keselesaanya selepas ini dan akan mengajak kekasihnya untuk tinggal bersama dalam rumah baharunya itu.
“The Weeknd juga dikatakan berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut dan tidak sabar untuk menetap di sana nanti,” menurut sumber.
Rumah itu dilengkapi dengan sembilan buah bilik, 11 bilik air termasuk kelengkapan lain seperti kolam renang dan gelanggang tenis.
The Weeknd mula menjalinkan hubungan cinta bersama Selena pada awal tahun ini selepas beberapa keping gambar aksi mereka bercium mesra berjaya dirakam paparazzi. – MYNEWSHUB.CC