Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rendang ‘Rangup’ Punca Ratusan...

KETIKA ini tular dalam kalangan netizen di Malaysia bahkan Indonesia, Singapura dan Brunei...

Perluasan Penjualan Ujian Kendiri...

PUTRAJAYA - Penjualan kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) di pasar raya...

Kekasih Gelap Muncul Porak-Perandakan...

SEBUAH majlis perkahwinan di Ghana gempar apabila seorang 'tetamu' tidak diundang muncul memporak-perandakan...

Nilai Semula Diri Untuk...

PUTRAJAYA - Masyarakat disaran bermuhasabah diri dengan menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai titik...

TI-M Kaji Semula Hukuman Minimum Pelaku Rasuah

SHAH ALAM – Transparency International Malaysia (TI-M) mencadangkan supaya hukuman penjara minimum sehari kepada pelaku rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dikaji semula bagi membolehkan jenayah itu ditangani dengan lebih berkesan.

Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata adalah sesuai jika kerajaan memperkenal semula peruntukan hukuman penjara minimum 14 hari yang diguna pakai dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997 sebelum ini.

“Kami mahu supaya pelaku rasuah dipenjarakan lebih lama,” katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel program Wacana Sinar Harian Siri Ke-46 “Rasuah & Penyelewengan: Di Mana Maruah Kita?” di sini hari ini.

Akta Pencegahan Rasuah 1997 sebelum ini antara lain memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Akta SPRM 2009 yang menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997 pula antara lain memperuntukkan hukuman penjara minimum sehari dan maksimum 20 tahun serta mengekalkan hukuman denda sama.


Sementara itu, Timbalan Mufti Negeri Sembilan Nor Azamir Alias dalam wacana itu berkata rakyat di negara ini perlu diberi didikan kerohanian dalam usaha pencegahan rasuah atau kesalahan lain.

“Penyelewengan ini dianggap sebagai khianat dan berdosa besar. Rasuah adalah sesuatu yang mampu menjejaskan maruah (pelakunya),” katanya. – BERNAMA

Kategori