Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

5 Teras Manifesto BN...

MUAFAKAT... Barisan Nasional (BN) Johor melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14...

50 Kawasan Catat Bacaan...

KUALA LUMPUR - Hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merekodkan kualiti...

Zahid Timang Cahaya Mata...

November dimulakan dengan banyak kisah selebriti tanah air menimang cahaya mata.Jika sebelum ini...

Bezza Menang Anugerah Asean...

KUALA LUMPUR - Perodua Bezza menerima anugerah Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) Terbaik dan...

Tidak Perlu Berebut Jawatan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – “Tidak perlu berebut untuk menjadikan individu tertentu sebagai Perdana Menteri Malaysia.”

Demikian pesanan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri kepada Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau sebaliknya berpesan kepada pemimpin Pakatan Harapan dan PPBM beragama Islam supaya memperjuangkan dasar memastikan negara ini dipimpin oleh muslim.

“Apa yang penting ialah perjuangan memastikan negara dipimpin dengan dasar Islam dan negara dipimpin oleh seorang yang berakidah dan berrilmu untuk memimpin negara dengan Islam.

“PAS tidak berjuang untuk individu tertentu menjadi pemimpin nombor satu negara tetapi berjuang untuk negara diperintah dengan dasar Islam,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan dan PPBM belum apa-apa dengan begitu `konfiden’ ‘galak’ berebut untuk menamakan ketua mereka menjadi Perdana Menteri yang baharu jika berjaya merampas Kerajaan Persekutuan.

PPBM sebelum ini ghairah menamakan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala PKR bertegas mahukan pemimpinnya yang kini dalam penjara kerana kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik ke jawatan itu.


Terbaharu, PAN tidak ketinggalan dengan mengisytiharkan presidennya, Mohamad Sabu sebagai bakal perdana menteri ketujuh.

Baru-baru ini satu senarai barisan kabinet oleh Pakatan Harapan disebarkan dalam perhimpunan PKR.

Senarai itu menyaksikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi Perdana Menteri, manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Timbalan Perdana Menteri.

PKR bagaimanapun menafikan senarai tersebut dikeluarkan oleh parti itu, tetapi tidak menjawab soalan masyarakat sama ada mereka membantah senarai berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori