Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pakatan NGO Pro BN...

SUNGAI BESAR - Pakatan NGO Pro Barisan Nasional dan Gabungan Akar Umbi UMNO...

500 Pesawah Guar Sanji...

ARAU - Hampir 500 pesawah di Guar Sanji di sini yang mengusahakan kira-kira...

Malaysia Book of Records...

JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang hari ini menerima dua pengiktirafan daripada The Malaysia Book...

Boeing Berjaya Buat Penerbangan...

KUALA LUMPUR - Pesawat Boeing 737 MAX 8 melakukan penerbangan sulungnya semalam dalam...

Tiga Warga Turki Terlibat Daesh Diusir – KPN

KUALA LUMPUR – Tiga warga Turki yang disyaki terbabit dalam kumpulan Fetullah Terrorist Organization (Feto) diusir keluar dari negara ini dan dihantar ke negara asal mereka, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan polis mendapati tiga suspek terlibat dalam aktiviti Feto itu disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Turki.

“Dokumen perjalanan mereka telah dibatalkan oleh kerajaan Turki dan kehadiran mereka adalah tidak sah serta berstatus pendatang tanpa izin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiga suspek yang dikenali sebagai Turkay Karaman, 43, Ihsan Aslan, 39 dan Ismet Ozcelik, 58, sebelum ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-Langkah Khas) 2012.

Mereka berjaya diberkas oleh pihak polis masing-masing pada 2 dan 4 Mei lalu di tiga lokasi yang berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Pahang.

Baca: Warga Turki ‘Diculik’ Kini Dalam Tahanan Polis

Khalid berkata, kumpulan Feto telah diwartakan sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh kerajaan Turki dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berpusat di Jeddah, Arab Saudi.


Menurutnya, polis akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap kumpulan atau anasir pengganas asing yang cuba menjadikan Malaysia sebagai tempat persinggahan mereka.

Ini termasuk sama ada sebagai pusat logistik, tempat perlindungan, pengumpulan data atau pangkalan operasi mereka bagi melancarkan serangan sama ada di negara ini atau terhadap negara asing. – MYNEWSHUB.CC

Kategori