Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anuar Zain Minta Peminatnya...

PENYANYI Anuar Zain meminta peminat berhati-hati agar tidak terpedaya dengan akaun Instagram palsu...

PM Umum Peruntukan Tambahan...

SEREMBAN: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM1 bilion bagi melakasanakan pelbagai projek pembangunan...

Calon Bebas Parlimen Pulai...

JOHOR BAHRU - Calon Bebas kerusi Parlimen Pulai, Yap Keng Tak cedera selepas...

Perompak Bodoh Kena Penjara

Chongqing (China) - Seorang lelaki dipenjarakan selepas merompak sebuah rumah dan kemudian menjual...

Tips Siswa: Jangan Joli Tidak Sedar Diri

APABILA berkaitan duit, kita semua tahu bahawa orang ramai mempunyai kaitan rapat dengannya terutama orang muda pada masa kini yang bergelar mahasiswa. Kenapa?

Kerana remaja berada dalam fasa membelanjakan duit untuk keperluan dan kemahuan diri. Malangnya, apabila hari berlalu, zaman berubah dan keadaan sekeliling meningkat ke satu tahap yang lain.

Kita semua akui bahawa pelajar berminat untuk bertemujanji bersama duit dalam keadaan yang salah. Sesetengah mereka berbelanja besar, sesetengah bukan tetapi rata-rata kurang mahir berbelanja secara berhemah.

Ini terutamanya pada awal bulan. Di bawah ini ada beberpa tip yang boleh membantu anda (khasnya golongan pelajar) bagaimana hendak menguruskan kewangan anda dengan lebih bijak.

#1 Lihat dengan teliti duit poket/elaun diri sendiri.

Tip ini adalah yang paling mudah kerana kita perlu melihat segala aset yang kita ada dalam “wang ringgit”. Periksa jika kita mempunyai amaun yang tepat, masa yang tepat untuk mendapatkan itu dan lain-lain.

#2 Tinggalkan sedikit duit di akaun lain.

Kenapa perkara ini penting? Sebenarnya, kita perlu berpandangan jauh apabila berkaitan dengan duit. Ada segelintir orang berfikiran mereka mempunyai duit yang cukup walaupun pada masa akan datang.

Tetapi apabila berlaku perkara kecemasan, mereka duduk termenung di sudut bilik menyesali perbuatan. Oleh sebab itu, kita perlu mengenepikan sekurang-kurangnya 20% dari dalam akaun utama untuk perkara kecemasan.

#3 Rancang perbelanjaan harian/mingguan/bulanan.

Perkara boleh menajdi rumit dan memeningkan kerana kita bakal menulis perkara yang kita lakukan pada masa hadapan tetapi akhirnya kita tidak mengikut rancangan asal dan berbelanja dalam cara yang salah.

Maka, rancang dengan betul dan pastikan kita mengikut perancangan yang ditetapkan (sekurang-kurangya 80% jika tidak mampu 100%).

#4 Bezakan antara KEPERLUAN dan KEMAHUAN.

Salah satu keputusan sukar untuk pelajar adalah membuat pilihan yang betul untuk ini. Unutk memilih antara keperluan dan kemahuan. Sebab itu, adalah bagus untuk kita menyenaraikan semua dan kategorikan kepada dua.

Satu kumpulan iaitu kemahuan (contoh kemahuan; telefon bimbit baru, alat solek) dan satu lagi ialah keperluan (contoh keperluan; bil internet, makanan harian).

#5 Senaraikan dari paling mustahak ke kurang mustahak.

Sebarang keperluan adalah penting dan mustahak untuk kita, tetapi dalam perbelanjaan, kita harus menyenaraikan sejauh mana kepentingannya untuk kita pada masa tersebut.

Sekiranya keperluan itu hanya pada hujung tahun, senaraikan sebagai kurang mustahak dan sekiranya ia diperlukan untuk hujung minggu, senaraikan ia sebagai paling mustahak.

#6 Cuba lihat kedai dan web jual barang lebih murah dan kualiti.


“Lebih murah, lebih bagus” adalah ucapan harian masyarakat kini. Ia betul dalam konteks tetapi kita tetap perlu memilih barang yang berkualiti. Jika kualiti kurang bagus, tidakkah kita kan kerap membelinya lagi?

Oleh itu, kita tidak perlu berbelanja untuk barang mahal yang tidak sesuai dengan taraf kita. Sebaliknya, cuba untuk melihat barang murah yang lebih berkualiti supaya kita tidak berhadapan dengan masalah pada masa depan.,

#7 Elakkan godaan dari kawan

Tip ini adalah TIP YANG PALING DIPERLUKAN untuk semua pelajar kerana kita berkait dengannya. Kawan adalah sebab kita menjalani kehidupan sebagai pelajar. Apa yang dia makan, kita turut mahukan juga. Apa yang dia pakai, kita mahukan juga.

Walaupun dengan elaun yang berbeza, kita tetap mahu ikut kawan. Sematkan di minda, kita tidak dilahirkan dikelilingi emas. Kita mempunyai tanggungjawab dan kepentingan yang perlu didahulukan. Oleh itu, penting untuk kita menghindari godaan seperti itu. Jika kita dapat menahan diri, kita kana dapat menikmatinya pada masa akan datang.

#8 Kurangkan masa berada di luar.

Berada di luar sebenarnya mengundang kita untuk berbelanja lebih dengan melepak bersama kawan. Sewaktu melepak, banyak perbelanjaan berlaku bukan? Dari pengangkutan hingga ke makanan.

Bayangkan jika kita keluar bersosial, ia akan menyelamatkan duit kita dari ketamakan diri sendiri? Selain melepak, mari kita simpan duit dan lakukan perkara berfaedah seperti bersukan atau sekadar berbual dengan rakan di kolej.

#9 Bersyukur dengan apa yang ada

Tip ini ditujukan kepada kita sebagai pelajar untuk menggunakan barang yang ada sehingga lusuh atau rosak. Amtlah bagus jika kita gunakan sampai lusuh berbanding membeli sahaja yang baru.

Ia bukan sahaja menjimatkan duit, tetapi menjimatkan masa untuk berfikir tentang membeli peralatan baharu atau sebaliknya, selamat tinggal duit.

#10 Berpandangan jauh

Seperti yang diceritakan awal tadi, amatlah penting untuk berpandangan jauh kerana duit hamper sama untuk segalanya pada masa kini. Setiap masa kita berfikir tentang berbelanja, fikir tentang akibatnya pada masa akan datang.

Adakah perbelanjaan ini akan meninggalkan kesan baik atas kita pada masa hadapan? Adakah ia akan memberi kebaikan dan keseronokan atau keseronokan tetapi bencana pada masa hadapan? Maka, berpandangan jauh apabila perasaan ingin berbelanja datang!

Ingat untuk bertemujanji dengan duit secara berhemah. Kita tidak mahu menyesal di kemudian hari bukan? – MYNEWSHUB.CC

#LaskarMalaya

Kategori