Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Jawatan Timbalan Presiden...

KUALA LUMPUR - Anggota gabungan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebulat suara bersetuju dengan...

2 Maut, 2 Parah...

JOHOR BAHARU - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan...

Mahmud, Pakar Bom, Bendahari...

MANILA - Tentera Filipina mendakwa besar kemungkinan seorang militan terkenal rakyat Malaysia terbunuh...

Turki Asing Mayat Aktivis...

ANKARA - Pmerintah Turki mewujudkan sebuah kawasan yang dinamakannya 'Tanah Perkuburan Penderhaka' khusus...

TN50: PTD Wanita Disaran Lebih Berani Suara Pendapat

KUALA LUMPUR – Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) wanita disaran lebih berani dalam menyuarakan pandangan mereka dalam membantu kerajaan merealisasikan program Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia, Datuk Rosmee Hamzah berkata ini kerana PTD wanita turut terlibat sebagai pembuat dasar.

“Bukan sekadar memahami apakah TN50 itu, tetapi perlu ada rasa untuk terlibat ke arah memberi pendapat dan sebagai pihak yang merangka dasar, penting bagi pegawai PTD wanita mengetahui kebolehan dan partisipasi mereka dalam merealisasikan TN50 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Transformasi PTD Wanita: Kebangkitan Wanita Dalam Gagasan TN50 yang turut dihadiri tokoh PTD wanita, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Tan Sri Noorul Ainur Mohd Nur, di sini hari ini.

Sementara itu, Noorul Ainur berkata PTD wanita perlu mewujudkan rangkaian hubungan dengan pihak lain bukan hanya di peringkat domestik, tetapi juga di peringkat antarabangsa.


“Tidak hanya fokus pada bidang kementerian yang diduduki, tetapi adalah penting untuk mewujudkan rangkaian dengan kementerian lain supaya proses membuat keputusan akan lebih mudah, cepat dan efektif,” katanya.

Selain itu, PTD wanita masa kini juga perlu mengubah corak pemikiran berdasarkan cabaran peredaran semasa, memberi idea-idea bernas kepada pentadbiran kerajaan selain memastikan idea itu boleh digunakan untuk membantu kerajaan mencapai dasar yang dirancang.

Pada majlis berkenaan, 200 PTD wanita terdiri daripada Gred 41 hingga 52 turut mendengar bicara Noorul Ainur yang berkongsi pengalamannya sebagai PTD serta ilmu kejayaan bersama tokoh usahawan wanita, Datin Farah Muhammad Philip, yang merupakan Pengarah Pemasaran jenama Ariani. – BERNAMA

Kategori