Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Felda United Mahu Cari...

MARAN - Felda United akan mendapatkan pemain import baharu ekoran persembahan hambar yang...

Indonesia Jamin Tiada Jerebu...

KUALA LUMPUR - Indonesia hari ini memberi jaminan kepada jirannya di rantau ASEAN...

Pelantikan CEO & Pengerusi...

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wardah Communication Sdn. Bhd, Saidi Yaacob...

Amelina Berjaya Tepis Tanggapan...

SHAH ALAM - Peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV 5), Amelina, 44, berjaya...

‘Tok Lebai’ Raih Undi Paling Tinggi Pemilihan PAS

ALOR SETAR – Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang pernah dikutuk sebagai ahli politik bertaraf ‘tok lebai’ oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang besar dalam pemilihan parti itu hari ini.

Laman Facebook rasmi PAS melaporkan Nik Abduh yang juga anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendahului calon lain daripada segi undi untuk memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mynewshub difahamkan, Nik Abduh memperoleh lebih 1,000 undi dalam pemilihan yang berlangsung bersempena Muktamar Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah hari ini.

Jawatan Presiden PAS kekal disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang, manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kekal sebagai Naib Presiden parti itu.

Manakala, jawatan Naib Presiden dimenangi Idris Ahmad, Datuk Mohd. Amar Abdullah, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan pula dipilih mengetuai Alumni AJK PAS Pusat selepas tewas untuk mengisi jawatan Naib Presiden.


Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mencemuh pemimpin PAS termasuk Nik Mohamad Abduh sebagai `tok lebai’ yang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.

‘Tok lebai’ adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.

Kenyataan Mohamed Azmin itu mengundang kemarahan ahli dan penyokong PAS namun Menteri Besar Selangor itu tidak mempedulikan mereka sebaliknya mengeluarkan kenyataan lain iaitu pemimpin PAS berpakai seperti `tok lebai’ tetapi memiliki perangai yang hodoh. – MYNEWSHUB.CC

Kategori