Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MB Selangor Sedia Dedah...

AMPANG: Kerajaan Selangor sedia mendedahkan laporan penuh tragedi tanah runtuh Father's Organic Farm...

Kemalangan Pelajar Tahfiz: Pemandu...

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan pemandu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di...

5,899 Kes Baru, Lima...

Sebanyak 5,899 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,415,101.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Pokok Petai Menangis: Jangan...

KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri mengingatkan masyarakat negeri ini agar...

Tindakan Akhbar The Star Keterlaluan, Biadab – PAS

KUALA LUMPUR –  Tindakan akhbar The Star yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan ibadah solat dengan tajuk ‘Malaysian Terrorist Leader’ disifatkan sebagai satu perbuatan yang sangat keterlaluan dan biadab.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata, ini bukan pertama kali tindakan perlecehan agama dan sentimen kaum dilakukan secara terbuka dan berani.

“Sebelum ini, Nanyang Siang Pau telah mempersenda Presiden PAS dengan menggunakan karikatur seekor monyet berserban di mana ia mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

The Star bagaimanapun gagal mempelajarinya dan masih mengulangi kesilapan serupa malah nampak makin berani dan nekad,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, permohonan maaf seletah insiden serupa berlaku juga merupakan satu lagi siri penghinaan.

“Sampai bila kesabaran umat Islam mahu diuji sedemikian rupa? Kesabaran umat Islam dicabar terus menerus. Mereka mencetuskan provokasi supaya keamanan dan kemakmuran negara tergugat? Kemudian umat Islam sekali lagi dijadikan kambing hitam?


“Kerajaan perlu lebih serius dalam menangani isu sebegini. Kami yakin dan percaya sikap mereka yang melebihi had dalam mempersenda umat Islam ini akan memerangkap diri mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua pihak agar berhenti daripada melakukan sebarang percubaan untuk menguji kesabaran umat Islam.

“Jangan terus mencetuskan provokasi kerana provokasi itu tidak selamanya memberi keuntungan kepada mereka.

“Kembalikan keamanaan dan keharmonian negara dengan semua pihak khasnya media saling hormat menghormati dan emmelihara sensitiviti keagamaan serta perkauman. Kami tidak mahu The Star mengambil sikap sama seperti DAP yang anti Islam mengeksploitasi isu kerana kami yakin ramai non muslim yang tidak setuju dengan sikap seperti ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori