Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Penulis Pro Pembangkang...

DUA orang penulis pro pembangkang disoal siasat Polis di Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas...

Kebakaran Bukan Kerana Litar...

KUALA LUMPUR - Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di...

Peserta PLKN Gagal Ke...

KUALA LUMPUR - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang gagal melanjutkan pelajaran...

Bom Lama Ditemui Di...

SARIKEI – Sebutir bom dipercayai tinggalan era perang dunia kedua yang masih aktif...

TUDM Nafi Anggota Terlibat Kes Tipu Resit Perubatan

KUALA LUMPUR – Markas Tentera Udara hari ini menafikan dakwaan penglibatan pegawai tadbir Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kes penipuan resit perubatan seperti yang dilaporkan media tempatan.

“TUDM menafi sekerasnya bahawa tertuduh (Siti Nor Hakiki Abdullah) adalah pegawai ataupun anggota TUDM.

“Beliau merupakan kakitangan awam pembantu tadbir (pengkeranian/operasi) yang bertugas di Material Udara 1 (MATRA 1), Pengkalan Udara Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, TUDM kesal dengan laporan yang didedahkan agensi media dengan penyampaian fakta yang tidak tepat.

Jelasnya, penyebaran berita tersebut memberikan kesan negatif kepada imej TUDM khasnya.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan tertuduh dikatakan seorang pegawai tadbir TUDM didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur kerana membuat tuntutan perubatan palsu berjumlah RM10,979 empat tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mengikut ketujuh-tujuh pertuduhan, Siti Nor Hakiki didakwa dengan niat untuk memperdayakan Pegawai Tadbir Awam Markas Logistik Udara, Kementerian Pertahanan Malaysia, Siti Kartika Sari Mohamad Salleh dalam satu dokumen.

Ia merujuk kepada Borang Perubatan 1/09 Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan berhubung tuntutan pembayaran bagi pembelian ubatan antaranya jenis pregbalin 150 miligram (mg) dan oxynorm 5mg.

Ubat-ubatan lain ialah celecoxib 500mg dan lyrica 150mg yang dibeli di AA Farmasi Bargain Base Sdn. Bhd., Bangsar di sini. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori