Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Atlet ‘Blade Runner’ Bersalah...

ATLET Afrika Selatan, Oscar Pistorius atau dikenali sebagai 'Blade Runner' dihukum penjara lima...

10 Banduan Terpilih Dirai...

SEREMBAN - Sepuluh banduan terpilih dari Penjara Seremban diraikan hari ini dalam majlis...

Polis Marin Rampas Rokok...

JOHOR BAHRU - Sebanyak 19,200 paket rokok pelbagai jenama serta sebuah bot dipercayai...

3 Cedera Van Bawa...

KUALA LUMPUR - Tiga cedera apabila sebuah van terbalik dalam kemalangan di Kilometer...

Tumpahan Minyak Di Stesen Janaelektrik Gerik Dibersih

IPOH – Kesan minyak akibat kebocoran satu unit generator di Stesen Janaelektrik Sultan Azlan Shah, Bersia (SJ Bersia) dekat Gerik, pada Sabtu lepas, telah dibersihkan sepenuhnya.

Pengurus Besar Stesen Janaelektrik Sungai Perak (Bahagian Penjanaan), Mazlan Mohd Som berkata kerosakan pada unit generator itu telah dibaiki dan setakat ini tiada kesan minyak lagi di hilir SJ Bersia.

“Kesan minyak telah dipastikan hanya terdapat dalam lingkungan tiga kilometer dari SJ Bersia akibat daripada kebocoran itu.

“Walaupun telah dibersihkan, aktiviti pemantauan masih terus dilaksanakan oleh pihak stesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja mengawal dan membersihkan kebocoran minyak dilakukan mengikut prosedur Pelan Tindakan Kecemasan syarikat yang dilaksanakan sebaik kebocoran berkenaan dikesan.

“Ini melibatkan pemberhentian operasi unit generator itu untuk kerja-kerja membaik pulih bahagian yang terjejas serta tindakan mengatasi kebocoran tersebut di kawasan sungai menggunakan perangkap minyak dan bahan larut minyak,” katanya.


Terdahulu, Mazlan berkata kejadian itu telah dimaklumkan kepada agensi berkaitan dan tiada sebab untuk mana-mana pihak membuat pelbagai tanggapan negatif termasuk mendakwa Tenaga Nasional Berhad (TNB) cuba merahsiakan sesuatu masalah daripada pengetahuan masyarakat setempat.

Dalam perkembangan sama, Mazlan berkata TNB turut bercadang menukarkan penggunaan sistem hidraulik kepada ‘biodegradable’ bagi mengelak masalah yang sama berulang.

“Sistem biodegradable ini juga adalah teknologi lebih moden dan telah digunakan di beberapa stesen lain di Perak seperti di Chenderoh, Kenering dan Temenggor,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian sistem penggera Banjir di Empangan TNB Chenderoh di Jeti Kampung Chegar Galah di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori