Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

60 Orang Awam Terbunuh...

BEIRUT - Lebih 60 orang awam telah terbunuh dalam serangan udara di barat...

“Telah Aku Tunaikan Bamm…”...

KUALA LUMPUR - ā€œTelah aku tunaikan Bamm (Abam), walaupun hanya gurauan, kini menjadi...

Tuah Gelandangan, Dapat Beli...

SEBAGAI balas budi kepada gelandangan yang telah menyelamatkan nyawanya, pemilik kedai bakeri di...

Polis Malaysia Akan Ke...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia akan menghantar pegawainya ke Thailand bagi menyoal...

Turki Bina Perkampungan Khas Anak Yatim Syria

ISTANBUL – Sebuah perkampungan baharu bakal menempatkan kira-kira 1,000 anak-anak yatim Syria akan dibuka oleh pasukan bantuan kemanusiaan Turki di selatan negara itu pada 19 Mei.

Agensi berita Turki Anadolu (AA) melaporkan, iaĀ akan menempatkan sebuah Pusat Kanak-Kanak dan berupaya menampung 990 orang, dibina di kawasan seluas 100 ekar di daerah Reyhanli wilayah Hatay bersempadan Syria.

Pembinaannya hasil kerjasama Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH), Yayasan Sheikh Thani Ibn Abdullah Perkhidmatan Kemanusiaan Qatar (RAF) dan Kementerian Dasar Keluarga dan Masyarakat Turki.

Ketua Jabatan Anak Yatim IHH, Murat Yilmaz berkata kepada AA, projek bertujuan menyokong semua keperluan kanak-kanak antaranya kesihatan, pemulihan, makanan, pakaian dan sokongan psikologi dengan suasana persekitaran seperti dalam sebuah rumah.

Yilmaz berkata untuk permulaan seramai 250 kanak-kanak akan tinggal di pusat itu dan dijangka mencapai sasaran ditetapkan dalam tempoh setahun.

Selain bekerjasama dengan Qatar, beliau berkata Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia, Indonesia, Afrika Selatan, Poland dan Britain turut menyumbang kepada projek yang menelan kos 80 juta lira (AS$ 22.2 juta).

Katanya, kos operasi bulanan pusat itu pula membabitkan kira-kira 1.5 juta lira (AS$416,838) yang akan dibiayai menerusi sumbangan para dermawan, NGO dan kerajaan Turki.

Tambahnya, Kementerian Pelajaran Turki akan bertanggungjawab mengupah tenaga pengajar dan menampung perbelanjaan pendidikan.


Setiap villa di pusat itu menampung 18 kanak-kanak mengikut kumpulan umur dan jantina, setiap perumahan dilengkapi bilik tidur, bilik mandi, dapur, ruang makan, bilik belajar, bilik bacaan dan bilik permainan.

Enam pegawai yang diiktiraf akan ditugaskan untuk menjaga setiap vila dan jumlah keseluruhan petugas ialah seramai 330 kakitangan untuk 55 buah rumah.

Perkampungan itu juga ada kemudahan masjid, tiga buah sekolah rendah dan menengah, pusat pemulihan, klinik perubatan, pusat mesyuarat, dewan sukan dalaman dan luaran, pusat fasiliti sosial dan rumah kakitangan serta tetamu.

Kanak-kanak berpeluang bermain di taman terbuka dan bagi memastikan keselamatan mereka , Yilmaz berkata pengawal keselamatan akan ditugaskan selama 24 jam dan kawasan sekitar turut dipasang kamera.

Turki telah membelanjakan kira-kira AS$25 bilion bagi tujuan membantu dan menyediakan perlidungan untuk pelarian sejak perang saudara meletus di Syria. – BERNAMA

Kategori