Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kahwin Diri Sendiri Macam...

TIADA jodoh tidak sepatutnya jadi masalah. Anda boleh kahwin dengan diri sendiri. Itulah yang...

Salleh Keruak Tenang, Akur...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kekalahannya dalam Pilihan...

Pertimbang Wajibkan Program Keusahawan...

IPOH - Kementerian Pendidikan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan program modul keusahawanan di...

Wujud Pengkalan Data Graduan...

KUALA LUMPUR - Wakil UMNO Melaka hari ini mencadangkan supaya satu sistem pangkalan...

Turun 25 Kg Lepas Pantang, Adira Belum Puas Hati

PENYANYI Adira memberitahu bahawa berat badannya telah susut sebanyak 25 kilogram sejak melahirkan anak sulungnya, Anggerik sekitar bulan Mac lalu.

Menurut Adira yang juga merupakan isteri kedua kepada ahli perniagaan yang dikenali sebagai Dato Red, dia tidak melakukan sebarang diet atau senaman untuk mengurangkan berat badannya.

Sebaliknya dia hanya menjalani tempoh berpantang seperti biasa.

“Semasa saya mengandungkan Anggerik, berat saya mencecah 74 kilogram. Kini selepas dua bulan bersalin, berat saya hanya 49 kilogram sahaja.

Turun 25 Kg Lepas Pantang, Adira Belum Puas Hati
Anggerik

“Jujurnya saya memang tidak mengamalkan diet dan senaman kerana saya bersalin secara pembedahan dan saya hanya amalkan cara berpantang yang biasa.

“Mungkin kerana saya menyusu badan menyebabkan saya kurus dengan cepat,” katanya kepada mStar Online.


Tambahnya, dia masih belum berpuas hati dengan beratnya itu kerana dia mahu mendapatkan kembali berat badan seperti sebelum hamil iaitu 42 kilogram.

Walaupun sudah tamat tempoh berpantang, Adira masih lagi meneruskan pantangnya kerana mahu memastikan dia benar-benar pulih dan mendapatkan kembali bentuk badan idamannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori