KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Sabtu ini iaitu 27 Mei, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.
Pengumuman rasmi mengenai tarikh permulaan 1 Ramadan tersebut disiarkan secara langsung menerusi stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). – MYNEWSHUB.CC