Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tauke Jambu Nafi Isu...

Panas kembali nama pelawak Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 37, setelah dia didakwa...

Karnival ‘Ganu Molek Doh’...

KUALA LUMPUR – Warga kota yang mahu menikmati pelbagai sajian tradisi dan membeli...

PRN: Tidak Rasmi –...

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Teh Swee Leong mendahului pencabarnya, Chuah...

Individu Buat Laporan Palsu...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau...

Umat Islam Diingat Ramadan Bulan Untuk Berjimat

PUTRAJAYA – Bulan Ramadan sepatutnya bulan untuk umat Islam berjimat cermat bukan untuk membazir, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ramai yang terpengaruh dengan nafsu sehingga membeli makanan dengan banyak tetapi tidak mampu menghabiskannya, akhirnya dibuang begitu sahaja.

“Saya tidak menghalang orang ramai membeli kerana itu bagus untuk penjaja, tetapi perlu ada perancangan supaya makanan tersebut tidak dibazirkan,” katanya selepas melancarkan kempen MYSaveFood @Ramadan di sini hari ini.

Pelancaran kempen itu turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Melalui kempen itu, beberapa tips mengelakkan pembaziran makanan turut disampaikan, sementara peniaga diminta menyediakan makanan berkualiti dan selamat.

Ahmad Shabery turut menggalakkan peniaga untuk menyumbangkan makanan yang tidak habis dijual kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam kempen itu untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

Makanan tersebut akan disalurkan kepada rumah anak yatim dan keluarga yang memerlukan di kawasan berdekatan seperti Dengkil, Perdana Putra dan Puchong.


Sementara itu, Tengku Adnan berkata setiap hari kira-kira 3,000 tan metrik sampah dikutip di Wilayah Persekutuan dengan 80 peratus daripadanya adalah makanan.

“Separuh daripada makanan yang dikutip itu masih boleh dimakan.

“Itu berdasarkan statistik di bulan lain, bulan puasa kita belum buat analisis lagi. Ini satu pembaziran yang amat ketara,” katanya.

Kempen MYSaveFood @Ramadan pertama kali diadakan dengan kerjasama Mardi, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp), Perbadanan Putrajaya serta beberapa NGO. – BERNAMA

Kategori