Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Inisiatif KKM Hadapi Bilangan...

PUTRAJAYA - Inisiatif membangunkan peralatan alat bantuan pernafasan dan perkongsian alat bantuan pernafasan...

Google Silap Terjemah Nama...

PENDUDUK di barat laut Sepanyol merah padam apabila Google Translate telah melakukan kesilapan dengan...

Aliff Syukri Mengamuk Dilabel...

TIDAK keterlaluan kami katakan, populariti yang dikecapi pengasas produk kecantikkan dan penjagaan kesihatan D’Herbs, Datuk...

Bekas Staf Bongkar Portal...

SECARA jujur belum pernah dalam sejarah sebuah syarikat gergasi antarabangsa sanggup merendah diri...

Umat Islam Dinasihat Berhati-Hati Untuk Menderma

KOTA BHARU – Umat Islam di negeri ini harus berhati-hati dalam menderma kepada golongan susah di sepanjang Ramadan ini kerana dibimbangi wang yang diderma ‘masuk’ ke kantung yang salah, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata memang dalam Islam menggalakkan sedekah tetapi banyak pihak yang mengambil kesempatan setiap kali Ramadan untuk mengaut keuntungan hasil kemurahan hati orang ramai.

“Orang ramai perlu lebih berhati-hati memberikan sedekah bagi mengelak ditipu kerana banyak sindiket menggunakan wanita, orang cacat dan kanak-kanak bagi meraih simpati,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Shukri diminta mengulas kehadiran ramai peminta sedekah (sumbangan) terutama dari negara jiran yang “berkampung” di negeri ini untuk meraih simpati daripada orang ramai khususnya umat Islam pada Ramadan ini.


Beliau berkata adalah menjadi perkara biasa kepada umat Islam memberi sedekah setiap kali tibanya Ramadan kerana mereka mahu memperolehi pahala bersedekah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DERMA

Kategori