Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Menteri Tidak Tahu Lokasi...

GEMPAR... Belum pernah dalam sejarah, ada menteri secara terbuka akui tidak tahu lokasi...

Ops Warta: 640 Ditahan...

IPOH - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sehingga semalam,...

Orang Asli Kuala Koh...

GUA MUSANG - Pelbagai pihak diminta tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada keluarga...

Kastam Rampas Dadah RM500,000,...

KOTA KINABALU - Kastam Sabah merampas kira-kira satu kilogram dadah jenis methamphetamine yang...

Umat Islam Perlu Hormati Hak Bukan Islam

KUALA LUMPUR – “Jalan raya bukan sahaja digunakan oleh kita (umat Islam), mereka yang lain juga ada hak menggunakannya,” kata Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Kata Mufti Perlis, umat Islam negara ini perlu sedar tentang hak menggunakan jalan raya seperti yang diajar oleh Islam, namun mendakwa kenyataannya itu tidak merujuk kepada kejadian di Johor semalam.

Justeru, beliau menyeru kepada umat Islam Malaysia khususnya di Perlis supaya memberi hak jalan raya kepada bukan Islam ketika mereka menunaikan solat termasuk solat Jumaat dan Hari Raya.

“Menghalang kenderaan pengguna jalan raya yang lain itu boleh memudaratkan terutama apabila pengguna itu sakit atau mahu ke suatu tempat yang perlu sampai pada masanya seperti lapangan terbang dan seumpamanya.

“Keindahan saf solat dalam masjid sewajarnya memberikan kesan dalam susunan kenderaan di luar masjid. Semoga masjid-masjid kita di Perlis ini khususnya sentiasa teratur dan tidak mengganggu pengguna jalan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mohd. Asri berkata, Nabi Muhammad S.A.W perrnah mengingatkan sahabat baginda agar tidak mengganggu pengguna jalan di zaman baginda.

Media semalam melaporkan seorang lelaki Cina rasis dipukul jemaah sebuah masjid di Johor kerana bertindak biadap membunyikan hon kereta mewahnya berkali-kali dengan kuat ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat.


Lelaki itu dipercayai bertindak demikian kerana marahkan umat Islam yang sedang solat Jumaat di masjid berkenaan kerana kenderaan mereka mengganggu laluan keretanya di kawasan tersebut.

Umat Islam Perlu Hormati Hak Bukan Islam

Penyokong Pakatan Harapan bagaimanapun mempertahankan perbuatan lelaki Cina tersebut dengan menegaskan itu merupakan hak pemilik kereta tersebut untuk membunyikan hon dan mengecam jemaah majis tersebut kerana mengganggu lalu lintas.

“Adapun kebiadaban pihak yang mengganggu orang yang sedang bersolat hendaklah dibantah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori