Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penyokong JDT Curi Tiang...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas dakwaan Persatuan...

Lagi Sirap Ubat Batuk...

NEW DELHI : Pengawal selia ubat India mendapati sirap ubat batuk dan sirap...

DAP Siap Sedia Jika...

KUALA LUMPUR - DAP bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan berhubung masa depan...

Petani Tak Sangka Menang...

KANGAR - Seorang petani tidak menyangka wang pampasan tanah sawah yang dilaburkan membeli...

UMNO Boleh Terus Kekal jadi Tunjang Pemerintahan

PASIR MAS – Seluruh anggota UMNO perlu bertekad untuk mengulangi sejarah kejayaan yang dicapai sepanjang 71 tahun penubuhannya sebagai sebuah parti yang akan terus kekal menjadi tunjang pemerintahan negara ini.

Bekas Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Hussein Ahmad berkata kemajuan sesebuah parti bukan kerana seorang, sebaliknya kerana keseluruhan anggota dan kebijaksanaan para pemimpinnya.

“Saya yakin UMNO boleh kekal memerintah kerana parti ini melaksanakan segala kehendak rakyat walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak diterima oleh sebahagian kecil rakyat,” kata Hussein, yang menyandang jawatan Ketua Penerangan UMNO selama 14 tahun (1982 hingga 1996) dalam temuramah dengan Bernama di sini, hari ini.

Hussein, 83, yang sentiasa bersama UMNO sejak parti itu ditubuhkan berharap UMNO terus hidup dan maju di bawah pemimpin yang silih berganti, dengan kelebihan masing-masing.

“Walaupun masing-masing ada kelemahannya, itu sifat manusia tetapi masing-masing ada kelebihannya untuk memajukan rakyat terutama orang Melayu dan negara ini,” katanya.

Veteran UMNO itu berkata setiap pemimpin yang menerajui parti, mempunyai pendekatan dan mencipta kejayaan yang tersendiri dalam pembangunan negara termasuk dalam bidang ekonomi.

Begitu juga, katanya, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang kini menerajui UMNO, mempunyai dasar tersendiri dalam membantu rakyat melalui pelbagai program termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Saya percaya banyak rancangan lagi akan dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa ketuanan yang sebenar di negara ini,” katanya.


Beliau meminta orang Melayu agar tidak melupai perjuangan UMNO sama ada mereka berada dalam parti apa pun, kerana pelbagai kejayaan yang dicapai UMNO dalam tempoh tersebut (71 tahun) tidak boleh dinafikan.

Beliau turut mengingatkan UMNO supaya sentiasa menerapkan dasar perjuangan parti itu untuk dihayati oleh lebih 3.6 juta anggotanya sekarang ini supaya ia terus kekal sebagai parti pembela orang Melayu dan menjaga hak rakyat keseluruhannya.

“UMNO pula jangan terlalu berbangga dengan kuantiti ahlinya tetapi yang perlu ialah UMNO hendaklah menerima hakikat bahawa ia kekal kerana ahli-ahlinya menghayati perjuangan UMNO yang berteraskan nasionalisme Melayu dan sentiasa bertoleransi dengan kaum-kaum lain di negara ini,” katanya.

Beliau yakin UMNO akan terus menjadi tunjang pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dan berdasarkan pemerhatiannya parti itu telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya itu.

“UMNO selama-lamanya bersedia untuk hadapi pilihan raya kerana negara kita amal dasar demokrasi, UMNO sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersedia untuk melaksanakan demokrasi dalam parti dan negara,” katanya.

Beliau bersemangat sekali untuk ke ibu negara bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-71 UMNO pada Khamis ini (11 Mei), namun dengan situasi kesihatannya yang agak terbatas, akan hanya menonton di rumah sambutan itu yang dijangka disiarkan secara langsung menerusi televisyen. – BERNAMA

Kategori