Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Dengan Kesan...

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar ditemui di dalam longkang di...

4 Kedai Musnah Dalam...

ARAU - Tiga buah kedai runcit dan sebuah kedai barangan elektrik musnah dalam...

‘Raja Tuna’ Labur RM7.38...

TOKYO - Ahli perniagaan sushi Jepun yang diberi gelaran ‘Raja Tuna’, membeli tuna...

Beg Disangka Ada Bom

KUALA LUMPUR : Orang ramai di Jalan Telawi, Bangsar, di sini gempar dengan...

Unduk Ngadau Punya Pengertian Tersendiri – Pairin

KENINGAU – ‘Unduk Ngadau’ mempunyai pengertian tersendiri yang tidak terdapat dalam mana-mana pertandingan ratu cantik, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata gelaran ‘Unduk Ngadau’ bukanlah gelaran biasa diberikan kepada wanita suku kaum Kadazandusun Murut (KDM) yang dipilih pada setiap sambutan Pesta Kaamatan, sebaliknya ia merupakan warisan yang mendukung kesucian pengorbanan Huminodun sebagai satu lagenda suku kaum itu suatu masa dahulu.

“Ia memiliki nilai tinggi serta maksud mendalam dan bukan semata-mata kepada penampilan fizikal tetapi jauh daripada itu ia sangat sinonim dengan budaya KDM,” katanya ketika merasmikan Majlis Sodop Unduk Ngadau 2017 bagi daerah Keningau di sini, hari ini.

Pairin turut menggalakkan belia wanita KDM terlibat dalam pertandingan ‘Unduk Ngadau’ agar mereka sentiasa peka kepada perkembangan semasa selain berusaha meningkatkan ilmu sekali gus memastikan pertandingan berkenaan sentiasa relevan dan mendapat pengiktirafan dunia.


Dalam pada itu, Pairin juga mengingatkan masyarakat KDM agar mendahulukan perpaduan sebagai tunggak keharmonian kaum di Sabah.

“Perpaduan menjadi kunci utama kepada sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini, justeru penganjuran majlis seperti ini sangat bertepatan kerana ia memberi peluang kepada kita untuk saling beramah mesra,” katanya. – BERNAMA

Kategori