Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Virus Covid-19 Berjangkit Melalui...

TEORI menyatakan jangkitan Penyakit Covid-19 boleh tersebar melalui bawaan udara belum mendapat 'kata...

Letak Jawatan Selepas Terima...

California – Tiada siapa yang tahu kenapa pakar kewangan terkenal di dunia, Mohamed...

i-Suri Kepada Orang Asli,...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Shahruddin: Musnahkan Ratusan Senjata...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles MENJADI pegawai muda sering menjadi saat mendebarkan bagi kebanyakan...

Unic Juara GGV Musim Pertama, Terima RM100,000

KUALA LUMPUR – Kumpulan Unic membuat kejutan apabila muncul sebagai juara musim pertama program Gema Gegar Vaganza (GGV) yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Manakala kumpulan Hijjaz mendapat tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Hijjaz turut membawa pulang trofi Persembahan Pilihan Penonton sekali gus melayakkan mereka menerima wang tunai RM5,000.

 Tempat ketiga pula milik kumpulan Mirwana dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi.

Pada pertandingan akhir itu kesemua peserta perlu mengadakan dua persembahan solo dan battle.

Gema Gegar Vaganza menampillan Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai juri profesional.

Berikut ialah senarai penuh pemenang GGV musim pertama:

Juara – Unic (RM100,000)

Naib Juara – Hijjaz (RM30,000)

Ketiga – Mirwana (RM25,000)


Keempat – Azmi (RM20,000)

Kelima – Hafiz Hamidun (RM10,000)

Keenam – Saujana (RM5,000)

Kategori Khas:

Persembahan Pilihan Penonton – Hijjaz (RM5,000)

Anugerah Gema Terindah – Azmi (RM15,000) – mStar Online

Kategori