Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol RM1.50 Seliter...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tiada rancangan untuk menurunkan harga petroleum sehingga ke paras...

2 Petugas Kesihatan Maut,...

PUTRAJAYA - Seramai 181 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan swasta dikesan...

TMJ Tanggung Pembedahan Anak...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengucapkan terima kepada Tunku...

Beri Mandat Mukim, Kampung...

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan sudah tiba masanya...

Veteran Teruja Sertai Larian Bendera UMNO

KEPALA BATAS – Orang ramai termasuk veteran UMNO tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai Larian Bendera sempena Ulang Tahun Ke-71 UMNO yang diteruskan ke beberapa kawasan parlimen di Pulau Pinang hari ini.

Walaupun bergelar veteran, mereka dilihat begitu bersemangat mengibarkan Sang Saka Bangsa bagi menunjukkan komitmen dalam perjuangan parti berkenaan dalam membina negara.

Mohd Ismail Ahmad, 68, berkata beliau yang tinggal di Tasek Gelugor bersama beberapa rakan yang lain begitu bersemangat menyertai larian berkenaan bagi menunjukkan rasa cinta terhadap parti.

“Memang hari ini pak cik dengan rakan yang lain tidak turun ke bendang kerana kami semua mahu bersama-sama meraikan larian itu. Bila pegang bendera UMNO ini perasaan semangat tu lain kerana parti inilah yang banyak berjasa kepada negara terutama orang Melayu.

Kami veteran UMNO berharap Larian Bendera itu dapat menyuntik semangat orang ramai, khususnya generasi muda untuk menghayati perjuangan pemimpin UMNO dahulu yang bergolok gadai untuk memerdekakan negara,”katanya kepada Bernama, selepas menyertai larian itu di sini hari ini.

Larian Bendera tiba di Pulau Pinang semalam dan Sang Saka Bangsa “bermalam” di Parlimen Kepala Batas sebelum penyerahannya dilakukan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Shariful Azhar Othman kepada Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Kampung Paya di sini, pukul 10 pagi tadi.

Shabudin berkata kombinasi veteran dan muda yang menyertai larian itu membuktikan UMNO masih diterima semua lapisan masyarakat dari dahulu hingga sekarang.


“Ini dapat dilihat apabila kedua-dua golongan ini menyulami perjuangan di bawa UMNO apabila menjadikan larian ini untuk menyemarakkan semangat dan membentuk solidariti,” katanya.

Sejumlah 800 anggota UMNO Tasek Gelugor menyertai larian itu sebelum bendera berkenaan diserahkan kepada UMNO Permatang Pauh yang diketuai Datuk Mohd Zaidi Mohd Said di Permatang Pasir.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata 300 anggota UMNO di parlimen berkenaan menyertai larian sejauh 20 kilometer sebelum bendera diserahkan kepada UMNO Bukit Mertajam.

Sang Saka Bangsa akan “bermalam” di Bukit Mertajam sebelum larian diteruskan ke Parlimen Tanjung, Bukit Bendera, Jelutong, Bukit Gelugor, Bayan Baru, Balik Pulau dan Nibong Tebal sebelum diserahkan kepada UMNO Perak di Parit Buntar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

Kategori