Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Running Man Ditamatkan Penyiaran...

SEOUL - Program hiburan terkenal Korea Selatan, Running Man akan ditamatkan siaran pada...

Orang Melayu Memang Nantikan...

KUALA LUMPUR - Orang Melayu memang menantikan perpaduan ummah terutamanya melibatkan dua parti...

IHU, Varian Terbaharu COVID-19

PARIS : Saintis di Perancis mengenal pasti varian baharu COVID-19 yang dikatakan mempunyai...

425,251 Calon Duduki Ujian...

KUALA LUMPUR - Seramai 425,251 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di...

Video: Bayi Berjalan Selepas Dilahirkan Kejutkan Netizen

SEORANG bayi perempuan baru lahir di Brazil menjadi sensasi di Internet selepas videonya ‘berjalan’ sambil dipegang bidan menjadi viral di media sosial.

Video itu dirakam ketika bidan berkenaan mahu memandikan bayi tersebut buat pertama kali selepas dilahirkan.

Bidan tersebut yang terkejut dengan kemampuan bayi itu ‘berjalan’ lantas memaklumkan kepada staf hospital yang lain sebelum ada yang bertindak merakam situasi unik itu.

“Oh, ‘bayi perempuan’ ini berjalan,” ujar bidan tersebut dalam bahasa Portugis.

“Tunggu, biar saya rakam,” ujar staf tersebut.

“Saya mahu memandikannya, dia asyik berdiri untuk berjalan. Dia berjalan dari sini ke sana,” kata bidan itu lagi.

Menerusi video itu, dapat dilihat bayi berkenaan berjalan ke setapak demi setapak sambil badannya dipegang bidan berkenaan.


Bayi itu turut kelihatan mampu berdiri semula apabila didudukkan sebelum berjalan kembali.

Insiden ini dipercayai berlaku di Hospital Santa Cruz, Rio Grande do Sul, selatan Brazil.

Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, video itu telah ditonton lebih 50 juta kali, lapor Daily Mail. – MYNEWSHUB.CC

Kategori