Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Lahad Datu Tahan...

LAHAD DATU - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah dipercayai syabu lebih...

Kes Saman Terhadap Bekas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 25 Mei dan 13 Jun...

Kecoh… Dirogol 2 Pelajar...

PENDUDUK Jasin, Melaka baru-baru ini digemparkan dengan kes seorang pelajar perempuan yang berusia 13...

COVID-19: Wilayah Persekutuan Bermunajat...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan program Wilayah...

Video: Bomba Terselamat Dari Letupan Teksi Terbakar

EMPAT anggota bomba dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) cedera selepas sebuah teksi yang terbakar, meletup secara tiba-tiba berhampiran stesen MRT Buona Vista, semalam.

Lapor Mediacorp, polis berkata mereka dimaklum mengenai kemalangan antara teksi dan sebuah kereta sekitar jam 2.15 petang di Commonwealth Avenue, bagaimanapun teksi jenis Trans-Cab itu kemudiannya terbakar sehingga menyebabkan satu letupan besar tercetus.

Rakaman kejadian letupan itu bagaimanapun tersebar luas di media sosial khususnya daripada kalangan netizen dari Kota Singa itu.

Menerusi rakaman, kedua anggota terbabit pada mulanya dilihat memadam kebakaran dengan memancurkan air menggunakan gegelung hos.

Namun tanpa semena-mena berlaku letupan yang agak kuat menyebabkan orang ramai dan penduduk setempat yang berada berhampiran lokasi kejadian terperanjat besar.

Video: Bomba Terselamat Dari Letupan Teksi Terbakar

Video: Bomba Terselamat Dari Letupan Teksi Terbakar

Judy Chu, seorang penduduk di Commonwealth Avenue memberitahu letupan itu sangat kuat sehinggakan boleh didengari dari tingkat 14 apartmen rumahnya.


Manakala seorang pesara doktor perubatan, Edward Pang, 77, dia bergegas ke tempat kejadian untuk melihat dengan lebih dekat sejurus terdengar bunyi letupan yang kuat dan melihat kepulan asap hitam dari rumahnya.

“Banyak serpihan besar dan kecil berterbangan di sekitar tempat itu seumpama letupan bom,” katanya.

Dalam pada itu, siasatan awal polis dan pihak SCDF, punca letupan itu mungkin disebabkan gas asli (CNG) yang terbebas ekoran teksi tersebut tidak menggunakan isian petrol, sebaliknya menggunakan gas asli berkenaan.

Sumber Trans-Cab mengatakan pemandu teksi terbabit iaitu seorang lelaki berumur 48 tahun telah menghantar kenderaan tersebut untuk pemeriksaan kira kira dua minggu sebelum kejadian.

Trans-Cab merupakan sebuah syarikat teksi yang menggunakan gas asli CNG bagi kesemua kenderaannya sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan pencemaran udara. – MYNEWSHUB.CC

Kategori